Geli hati membaca luahan tidak puas hati Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap media kerana memaparkan gambarnya antara ahli politik melompat parti.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
“Saya tak keluar Bersatu tetapi saya dipecat. Benda salah, takkan saya nak ikut membuta tuli? Maaf tapi saya bukan katak.Yang lompat parti itu, ada dalam Kerajaan hari ini”
Yang menggelikan hati bukan tentang Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam melompat atau tidak, tetapi apabila dia mendakwa tidak menyokong lompat parti kerana itu benda salah.
Kata Syed Saddiq “Yang lompat parti itu, ada dalam Kerajaan hari ini”, tetapi apakah dia lupa yang lompat parti itu adalah Ahli Parlimen sama yang keluar UMNO dan kemudian memegang jawatan menteri dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Justeu kenyataan Syed Saddiq agak hipokrit kerana semasa dia turut menjadi menteri kerajaan PH pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Syed Saddiq kelihatan ok saja Ahli Parlimen UMNO melompat parti menyertai Bersatu.
Syed Saddiq malah tampak riang ria bekerja bersama-sama dengan Ahli Parlimen yang melompat parti dalam Kabinet kerajaan PH tanpa pernah sedikit pun bersuara menentang perbuatan lompat parti.
Tetapi hari ini dialah konon hero melawan gejala melompat parti kerana tidak mahu mengkhianati mandat dan amanah rakyat serta berdiri teguh dan tegap dengan prinsip perjuangan.
Kesimpulannya mudah sahaja wahai Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam iaitu apa jua yang anda cuba persepsikan yang hebat tentang diri anda, tetapi internet tidak pernah melupakan yang sebenar.
-Mynewshub