Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Fitnah Konon Tun Razak...

KUALA Lumpur International Financial District atau lebih dikenali dengan Tun Razak Exchange (TRX)...

Kurang Rungutan Rasuah Kerajaan...

PUTRAJAYA - Selepas kira-kira tujuh bulan menerajui pentadbiran negara dengan usaha ditumpukan kepada...

Otai Reformis 98 Desak...

PETALING JAYA - Otai Reformis 98 mendesak PKR memecat Timbalan Presiden, Datuk Seri...

Real Madrid Aibkan Liverpool

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama...

Mahkamah Tolak Rayuan Rosmah, Keputusan Tetap 7 Julai

Keputusan kes rasuah Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan tetap disampaikan pada 7 Julai depan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ini susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuannya untuk membatalkan kes yang melibatkan projek solar untuk sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak itu.

Panel hakim diketuai oleh Mohd Zawawi Salleh sebulat suara menafikan permohonan isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu, hari ini.

Dua lagi hakim ialah Vernon Ong Lam Kiat dan Mohamad Zabidin Mohd Diah.


Pada 6 Disember lalu, Mahkamah Rayuan menafikan permohonan kedua Rosmah untuk membatalkan kes itu.

Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd ketika itu, Saidi Abang Samsuddin.

Rasuah itu didakwa diterima melalui bekas pegawai khasnya Rizal Mansor sebagai ganjaran kerana membantu Jepak mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori