Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kawalan Rapi Di Pintu...

PUTRAJAYA - Kawalan keselamatan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di...

Isu Eksport Sarang Burung...

KANGAR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memberi jaminan masalah eksport...

Tips-Tips Menarik Untuk Kelihatan...

Buat si gadis yang memiliki ketinggian yang agak kurang memuaskan mungkin boleh ikuti...

Rumah Kebajikan Warga Emas...

KUCHING - Mulai sekarang, kerajaan tidak akan lagi menambah jumlah rumah kebajikan untuk...

Malaysia Ketatkan Pintu Sempadan Malaysia – Hamzah

PUTRAJAYA: Malaysia sentiasa mengambil pendekatan berjaga-jaga serta mengetatkan kemasukan pengembara dari mana-mana pintu masuk negara termasuk di sempadan Malaysia-Thailand.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata situasi itu bukannya satu perkara baharu.

“Buat masa ini tiada pengumuman bahawa rakyat Malaysia terbabit, bagaimanapun, saya perlu lebih kepastian sebelum menjawab beberapa soalan berhubung insiden itu,” katanya kepada media ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jabatan Imigresen Malaysia, hari ini.

Semalam, kira-kira jam 10 malam pekan Tak Bai dalam wilayah Narathiwat digegarkan dengan beberapa siri letupan bom selain kedengaran kejadian berbalas tembakan.

Serangan tembakan dan letupan bom itu menyasarkan Balai Polis Marin Takbai yang terletak di tepi tebing Sungai Golok sebelah Takbai, Thailand iaitu kira-kira 50 meter dari Pangkalan Kubor.

Beberapa video yang dirakam oleh orang awam tular di Facebook menunjukkan api marak selain beberapa lelaki melepaskan tembakan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud memaklumkan, sehingga kini semua pintu masuk Malaysia – Thailand termasuk kaunter Imigresen masih beroperasi seperti biasa.


Katanya, sebarang penutupan pintu masuk sempadan bagaimanapun perlu mendapat persetujuan antara kedua-dua negara.

“Kalau nak tutup kita kena ada kerjasama dengan Thailand dan tidak boleh dia buka dan kita tutup,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kaunter Imigresen di semua pintu masuk Malaysia – Thailand sudah di buka sejak 4 Mei lalu bagi memudahkan rakyat negara ini melawat saudara mara mereka di negara berkenaan.

Katanya, sebelum ini, pihaknya sudah menetapkan beberapa syarat kemasukan bagi pengembara dari Thailand untuk masuk ke negara ini.

“Jika mereka mahu masuk sebagai pelancong, mereka mesti ada lokasi penginapan dan menunjukkan tarikh tiket untuk pulang serta membawa wang saku yang cukup untuk berbelanja di Malaysia.

“Kita sentiasa ketatkan pergerakan masuk pengembara Thailand ke negara ini dan kawalan di pintu masuk memang mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori