Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Azab Bila Terpaksa Buang...

DAPAT dibayangkan bagaimana sakitnya Pasuda Reaw, 21, berdepan dengan parut tatu selepas usahanya...

Tragedi Christchurch: Tarrant Berdepan...

WELLINGTON - Pengganas yang menembak mati 51 orang Islam dalam serangan berdarah ke...

Istiadat Angkat Sumpah MB...

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan untuk...

Kes Liwat II, Majoriti...

Selepas tamat prosiding rayuan kes liwat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk...

Mana Pergi Audit Dana Diterima Syed Saddiq?

Sudah 10 bulan berlalu sejak Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan akan menjemput Ernst & Young mengaudit program kutipan dananya.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Seperti diketahui beliau antara ahli politik yang kerap menggerakkan program kutipan dana sama ada mengunakan platform Parlimen Muar atau parti MUDA.

Bagaimanapun sehingga hari ini tidak lagi hasil audit firma audit terkemuka tersebut didedahkan kepada umum oleh Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam.

Seperti pernah dinyatakan laporan audit profesional seperti itu penting untuk sampai kepada pengetahuan orang ramai bagi mengesahkan dari mana dan ke mana wang kutipan dibelanjakan atau disalurkan.

Lebih-lebih lagi ahli politik merupakan pihak yang akan mentadbir negara jika menang pilihan raya. Sebarang unsur `termakan budi’ pihak yang berkepentingan tertentu agak berbahaya kepada rakyat dan negara.


Untuk pengesahan yang lebih tepat pengauditan `due diligence’ wajar dilaksanakan selepas proses audit luar selesai supaya konsep “true and fair view” diterjemahkan.

Lagipun Syed Saddiq pernah terpalit dengan kontoversi menerima dana daripada taikun-taikun yang lama dahulu didakwa mempunyai kaitan dengan parti politik tertentu.

Sekaligus menimbulkan tanda tanya sama ada sebahagian besar dana diperoleh oleh Syed Saddiq adalah daripada taikun-taikun ini.

Semua ini akan terjawab melalui laporan audit dan orang ramai masih ternanti-nanti laporan audit tersebut walaupun Syed Saddiq seolah-olah mahu melupakannya.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori