Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MATTA Fair 2019 Bukti...

KUALA LUMPUR - Ketika Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair)...

Sebuah Pusat Pemindahan Masih...

ARAU - Keadaan banjir semakin pulih di Perlis dan pagi ini hanya 74...

Skandal Kaya Luar Biasa:...

PUTRAJAYA - Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly ditahan reman selama...

Lebih 4 Juta Rakyat...

KOTA KINABALU - Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab...

Mariupol: Russia Isytihar Kemenangan Di Kilang Azovstal

KYIV : Russia mengisytiharkan kemenangan dalam pertempuran selama berbulan-bulan untuk menakluk bandar pelabuhan Mariupol di sini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pejuang terakhir Ukraine yang mempertahankan kilang keluli Azovstal di bandar berkenaan kini sudah menyerah kalah, kata pegawai Moscow.

Selama tempoh berbulan, tentera bersembunyi di kompleks besar itu, menghalang Russia daripada mengawal sepenuhnya bandar terbabit.

Pemindahan tentera yang menyerah diri semalam, menandakan berakhirnya kepungan perang di Mariupol.

Bandar itu dan kilang kelulinya kini ‘dibebaskan sepenuhnya’ selepas 531 tentera Ukraine meninggalkan tapak berkenaan, kata Kementerian Pertahanan Russia.

“Kemudahan bawah tanah perusahaan itu, tempat militan bersembunyi berada di bawah kawalan penuh angkatan tentera Russia,” katanya dalam satu kenyataan.


Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, berkata pejuang terakhir yang tinggal di tapak itu diberi kebenaran untuk meninggalkan kawasan berkenaan.

“Hari ini, mereka (pejuang Ukraine) menerima isyarat jelas daripada arahan tentera mereka boleh keluar dan menyelamatkan nyawa,” katanya kepada saluran televisyen Ukraine semalam.

Khamis lalu, seramai 959 tentera Ukraine menyerah diri di bandar Mariupol selepas dikuasai Russia

Kementerian Pertahanan Russia turut memuat naik video menunjukkan pejuang Ukraine menerima rawatan selepas menyerah diri di Azovstal.

Dalam perkembangan lain, Suruhanjaya Tinggi bagi Pelarian, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) berkata lebih enam juta pelarian sudah meninggalkan Ukraine selain 7.7 juta lagi penduduk Ukraine kehilangan tempat tinggal.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori