Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kakak Lega Adik Selamat...

KUALA KANGSAR - Tiada yang lebih melegakan bagi seseorang kakak apabila mengetahui adiknya...

Comet: Peranti Pintar Yang...

JENAMA peranti pintar yang dinobatkan sebagai 'lagenda tahan lasak' dari kebanyakkan orang ramai...

PAS Sentiasa Bersedia Hadapi...

KOTA BAHARU - PAS sentiasa bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14...

Muhyiddin Arah Tingkatkan Aset...

KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan keperluan aset...

Mineral Baharu ‘Lintonite’ Ditemui Di Hulu Perak

KUALA KANGSAR – Kerajaan Perak mengesahkan penemuan mineral baharu iaitu lintonite di kawasan Hulu Perak selain bijih timah.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penemuan tersebut diperoleh ketika kerja-kerja mengekstrak bijih timah di kawasan tersebut yang dikenal pasti cukup bernilai.

Menurutnya, projek rintis bagi mendapatkan mineral tersebut dilaksanakan di dalam kawasan milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) di Hulu Perak.

“Kita telah melalui semua proses untuk mendapatkan kelulusan Jabatan Alam Sekitar menerusi laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar (EIA).

“Minggu lepas kita dah dapat surat kelulusan EIA dan meluluskan pilot project tersebut. Syarikat yang diberi tanggungjawab itu akan menggunakan kelulusan berkenaan untuk mengesahkan mineral tersebut adalah radioaktif atau bukan radioaktif,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeliang, di sini pada Isnin.


Saarani (tengah) bersama murid SK Jeliang, di sini selepas mengadakan lawatan di sekolah berkenaan pada Isnin.
Saarani berkata, jika mineral tersebut bukan radioaktif, Perak akan mendapat sumber mineral baharu sekali gus menambah pendapatan negeri.

Jelasnya, mineral tersebut digunakan untuk produk-produk elektronik seperti telefon pintar dan jam.

Ditanya keluasan dan jumlah mineral yang ditemui, Saarani berkata perkara itu tidak boleh didedahkan kepada umum.

Menurutnya, mineral tersebut ditemui dalam jumlah yang banyak.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori