Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Video: Murid Kena ‘Tomoi’...

BALING - Sejak semalam, rakaman video seorang murid menerima hukuman dipukul seorang lelaki...

Calon PH DUN Skudai...

Johor Bahru : Berbaki empat hari lagi tempoh berkempen sebelum hari mengundi Pilihan...

Kes Zika Belum Ada...

PORT DICKSON - Belum ada lagi impak kes Zika pada industri pelancongan negara...

Vespa Primavera Kembali Dengan...

KUALA LUMPUR - Naza Premira Sdn Bhd, pengedar tinggal Vespa di Malaysia memperkenalkan...

Mohamad Ezam Kini Ahli Parti Berjasa

PETALING JAYA : Bekas pemimpin PKR, Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor sah menyertai dan menjadi ahli parti Berjasa berkuat kuasa 1 Mei lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Berjasa, Ir. Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad dalam satu kenyataan semalam.

Menurut beliau, Berjasa mengucapkan syabas dan tahniah kepada Mohamad Ezam dan penyertaan pemimpin itu ternyata menjadi bualan ramai.

“Walaupun sebenarnya ia tidaklah begitu mengejutkan kerana Berjasa sememangnya telah mencatatkan peningkatan keahlian yang memberangsangkan sejak setahun lalu.


“Berjasa yang terkenal sebagai sebuah parti kepimpinan baharu yang menampilkan gaya politik berteraskan integriti, hikmah dan mempertahankan watan (tanah air) sentiasa terbuka dan berbesar hati menerima masuk mana-mana tokoh politik mahupun figura nasional yang bersetuju dengan agenda serta prinsip parti,” katanya.

Beliau memberitahu, Berjasa juga sentiasa terbuka dalam membentuk permuafakatan politik baharu yang lebih segar, sebagai penyelesaian kepada kemelut kredibiliti dan konflik kestabilan politik yang melanda negara disebabkan ketamakan parti-parti utama besar negara.

“Semoga dengan penyertaan Datuk Ezam akan dapat merancakkan lagi gerak kerja parti terutama menjelang PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) akan datang,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori