Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Masyarakat Siam Diharap Terus...

KUALA LUMPUR - Masyarakat Siam diharap terus menyokong dan mendukung usaha kerajaan memupuk...

Had Laju Jalan Dikurangkan...

Kuala Lumpur : Had laju jalan persekutuan dan jalan negeri di seluruh negara...

Juara Bertahan JDT Kekal...

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus melebarkan...

Malindo Air Lancar Laluan...

KUALA LUMPUR - Malindo Air hari ini melancarkan penerbangan terus Pulau Pinang-Banda Aceh...

Motosikal 150cc Ke Atas Akan Diwajibkan Pasang Brek ABS

Melaka : Semua motosikal model baharu berkuasa 150cc dan ke atas akan diwajibkan memasang sistem brek anti kunci (ABS) pada 2025, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Beliau berkata, antara faktor utama kemalangan di Malaysia adalah motosikal terbabas sendiri atau gagal mengelak ketika menunggang yang berpunca daripada sistem brek kurang efektif.

“Teknologi ABS ini adalah teknologi anti gelincir yang membantu untuk menghalang motosikal daripada tergelincir, terbabas dan gagal mengelak ketika menunggang.

“Hasil Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) menunjukkan ABS ini mampu melindungi 30 peratus daripada penunggang motosikal daripada maut.

“Angka ini adalah signifikan seperti saya jelaskan dalam ucapan saya tadi, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia dan analisa oleh Miros, lebih 6,000 kematian direkodkan pada 2019 dengan 60 peratus membabitkan pengguna motosikal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Makmal Pelanggaran Miros PC3 di Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan di Tiang Dua di sini, hari ini.

Hadir sama EXCO Kerja Raya negeri Datuk Rahmad Mariman, Pengerusi Lembaga Pengarah Miros Prof Dr Wong Shaw Voon, Ketua Pengarah Miros Datuk Khairil Anwar Abu Kassim dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim.


Mengulas lanjut, katanya, kajian terperinci bagi pelaksanaan itu akan dilaksanakan Kementeriannya bersama Miros.

“Pelaksanaan kajian ini akan membabitkan semua pemegang taruh yang berkaitan termasuk pihak industri pembuat motosikal dan wakil pengguna.

“Kajian ini dijangka dimuktamadkan dalam tempoh enam bulan dan pelaksanaan mewajibkan pemasangan ABS ini dijangka dalam tempoh dua tahun selepas tamat kajian.

“Tempoh masa sama akan digunakan untuk meminda peraturan sedia ada dan kerajaan berharap dengan pemasangan mandatori ABS ini keselamatan penggunaan motosikal dapat ditingkatkan seterusnya mengurangkan kebarangkalian berlakunya kematian akibat nahas jalan raya kalangan pengguna motosikal di negara ini,” katanya.

Terdahulu, pada ucapannya, beliau memuji kejayaan cemerlang Miros PC3 yang juga makmal pelanggaran pertama berskla penuh di Asia Tenggara.

Ka Siong turut menyaksikan ujian pelanggaran motosikal melalui kerjasama Miros PC3 dan Autoliv dalam membangunkan teknologi beg udara motosikal serta majlis menandatangani memorandum kerjasama antara Miros bersama CyberSecurity Malaysia.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori