Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Artis Solat Sunat Sebelum...

GOLONGAN artis dan selebriti sering dilihat sebagai golongan yang glamor dan sentiasa terdedah...

Perancangan Lemah Sebab Utama...

KUALA LUMPUR – Perancangan yang lemah dan kos sara hidup tinggi menjadi dua...

ESSCom, BIMP-EAGA Kukuh Kerjasama...

KUDAT - Pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan Kawasan...

Cabaran Azmin Dalam PKR...

PKR kini dikuasai oleh dua pusat kuasa; Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang...

Nahas Bas Pelancong Indonesia Ragut 14 Nyawa

SURABAYA: Sekurang-kurangnya 14 individu terbunuh dan lebih 12 lagi cedera apabila sebuah bas yang membawa pelancong tempatan, melanggar papan iklan di Jawa Timur, Indonesia awal pagi ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Bas itu yang membawa 31 penumpang, selain pemandu dan seorang kru, melanggar tiang papan iklan itu sebelum berpusing di atas lebuh raya yang menghubungkan bandar Mojokerto ke Surabaya.

Pegawai tempatan, Ridwan Mubarun, berkata mangsa kejadian itu datang dari Benowo, sebuah kampung berhampiran Surabaya, dan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bercuti di Dataran Tinggi Dieng, yang sejauh kira-kira 400 kilometer di Jawa Tengah.

Ketua polis Mojokerto, Rofiq Ripto Himawan, berkata pihak berkuasa masih menyiasat punca nahas itu ketika ini.

“Seramai 14 individu maut dan 19 lagi mengalami kecederaan kecil dan serius,” katanya kepada pemberita.


Terdahulu, seorang jurucakap polis Jawa Timur memaklumkan kejadian berkenaan disyaki berpunca daripada kesalahan pemandu.

“Nahas ini berpunca daripada kesilapan manusia, pemandu mungkin kepenatan atau mengantuk,” kata Dirmanti kepada Metro TV.

Satu laporan polis menyatakan bahawa cuaca dan trafik berada dalam keadaan baik ketika nahas itu berlaku pagi tadi, manakala pemandu bas berkenaan terselamat dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori