Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tambang Tren, Bas Percuma...

SEOUL - Mutu udara di ibu negara Korea Selatan yang buruk memaksa pihak...

Video Seks: Polis Ambil...

KUALA LUMPUR - Polis telah mengambil keterangan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

Republikan Kuasai Semula Senat...

WASHINGTON - Parti Republikan menang kerusi majoriti Dewan Senat dalam pilihan raya separuh...

NASA Dedah Gambar Bongkah...

ANTARTIKA – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan rakaman beberapa keping...

Nama 5 Doktor Didakwa Pembuli Diserah Kepada KKM

Georgetown : Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Norlela Ariffin sudah menyerahkan nama lima doktor di Hospital Pulau Pinang (HPP) yang didakwa sebagai pembuli kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

“Saya sudah menghantar nama lima doktor itu dan jabatan mereka bertugas, yang didakwa membuli di HPP untuk diperiksa oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan beliau sudah menjawabnya (berhubung doktor-doktor terbabit),” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Dr Norlela berkata, bagaimanapun, lima doktor itu tidak mempunyai kaitan dengan kematian seorang doktor pelatih yang bertugas di HPP baru-baru ini kerana kes berkenaan masih dalam siasatan.

“Nama (yang dikemukakan) bukan mengenai kematian itu kerana kes masih dalam siasatan. Cuma saya nak maklumkan bahawa saya juga sudah mengemukakan lima nama sejak saya membaca exco kesihatan negeri lain juga mengemukakan nama kepada menteri kesihatan,” katanya.


Pada 17 April lepas, doktor pelatih lelaki berusia 25 tahun itu ditemukan maut dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di bangunan berhampiran, di Jalan Datuk Keramat di sini.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Dr Maarof Sudin mengesahkan mangsa adalah Pegawai Perubatan Siswazah yang melaporkan diri pada 4 April lepas di HPP dan pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan polis.

Pada 6 Mei lepas, Khairy turut dilaporkan berkata KKM akan menubuhkan ‘task force’ bebas atau pasukan petugas bagi menyiasat kematian seorang doktor pelatih itu.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori