Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Polis Beri Amaran Serangan...

PETALING JAYA - Polis mempertingkatkan amaran dalam negara dan rakyat Malaysia yang berkunjung...

Lelaki Ditahan Secara Paksa...

KUALA LUMPUR - Akibat tidak memberi kerjasama untuk melakukan saringan Covid-19 secara sukarela,...

Pemandu Lori Maut Dihempap...

BUTTERWORTH - Seorang pemandu lori kontena maut akibat dihempap kontena muatan kayu yang...

PRN Sarawak: Amanah Hilang...

KUCHING - Parti Amanah Negara (Amanah) yang baharu ditubuhkan tujuh bulan lalu gagal...

New Zealand Melaporkan Kes Pertama Varian Omicron BA.4

WELLINGTON: New Zealand melaporkan kes pertama varian Omicron BA.4 di sempadan, di tengah-tengah 12,699 kes komuniti pada hujung minggu, kata Kementerian Kesihatan hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Seseorang yang telah mengembara dari luar negara ke New Zealand telah disahkan mempunyai varian BA.4 Omicron.

Ini adalah pengesanan pertama varian itu di New Zealand,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Dua sub-varian Omicron yang lain, BA.2.12.1 dan BA 2.12.2, juga telah dikesan dalam dua orang yang pulang untuk kali pertama ke New Zealand membabitkan pelancong yang tiba pada April, agensi berita Xinhua memetik kementerian itu.

Sementara itu, negara melaporkan kematian 13 orang akibat COVID-19 di tengah-tengah kes baharu komuniti dalam dua hari lalu.


Selain itu, terdapat 138 kes baharu COVID-19 dikesan di sempadan New Zealand pada hujung minggu, menurut kementerian itu.

Negara ini telah melaporkan 933,464 kes yang disahkan COVID-19 sejak permulaan wabak itu.

New Zealand kini berada di bawah tetapan jingga Rangka Kerja Perlindungan COVID-19, di mana tiada had untuk perhimpunan.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori