Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

2 Tan Metrik Bekalan...

KUALA NERUS - Barangan keperluan harian berjumlah kira-kira dua tan metrik bernilai lebih...

Hentikan Segera Pembalakan Di...

KUALA LUMPUR - Hentikan serta merta aktiviti pembalakan di Kelantan!Mendesak demikian, Persatuan Anak-anak...

Sukar Pulih Ekonomi Jika...

KUALA LUMPUR - Proses pemulihan ekonomi akan lebih sukar diurus malah boleh merugikan...

Fiji Ingin Kerjasama Sektor...

KUALA LUMPUR - Duta Khas kepada Perdana Menteri Fiji, Sir Ratu Epeli Nailatikau...

Pampasan Jemaah Umrah Selesai Dibayar Pada Mac

KOTA BHARU : Pampasan kepada lebih 1,000 jemaah umrah yang terjejas ekoran penangguhan sementara ibadah itu bermula 8 Januari lalu akibat penularan varian Omicron Covid-19 telah selesai dibayar pada Mac lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pembayaran pampasan kepada kumpulan jemaah itu diuruskan sepenuhnya oleh Tabung Haji (TH).

“Antara syarat dikenakan, pihak berkenaan perlu mengemukakan resit yang mereka telah bayar termasuk segala perbelanjaan yang berbukti namun telah hangus disebabkan penangguhan umrah.

“Alhamdulillah, pampasan kepada mereka yang terlibat telah selesai diberikan pada Mac lalu dan kita berharap ia dapat meringankan beban mereka yang terpaksa menanggung kerugian akibat penangguhan umrah itu,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kelantan di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan sedia membayar saguhati kepada jemaah terbabit sebanyak RM1,671 seorang, ekoran penangguhan sementara ibadah itu bermula 8 Januari lalu kerana kebimbangan terhadap varian Omicron.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, pembayaran saguhati akan dikreditkan menggunakan akaun simpanan TH jemaah umrah bermula pada 18 Februari lalu.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori