Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

TMJ Letak Jawatan Penasihat...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan peletakan jawatan...

KJ Bimbang Kemelut MIC...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar bimbang...

Hindarilah Rasuah Dan Perpecahan...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia perlu menghindarkan amalan rasuah dan perpecahan perpaduan yang...

Penyeludup Rokok Makin Ganas,...

Lahad Datu : Bimbang dicekup, seorang penyeludup bertindak agresif merempuh kenderaan dinaiki sekumpulan...

Pekerja Selain Nepal Dibenar Jadi Sekuriti

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memulakan rundingan dengan negara sumber baharu untuk kemasukan pekerja asing sektor keselamatan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata buat masa ini keputusan dasar sudah dipersetujui untuk membuka peluang pekerja asing sektor keselamatan dari negara selain Nepal.

“Kita akan adakan rundingan dalam masa terdekat, namun kemasukan pekerja asing ini bergantung kepada keputusan dari negara sumber,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), hari ini.

Sebelum ini, Hamzah mengumumkan kerajaan bercadang membenarkan syarikat kawalan keselamatan swasta yang berlesen di negara ini menggaji tenaga kerja dari negara sumber baharu iaitu Filipina, Indonesia dan Bangladesh sebagai pengawal keselamatan.

Beliau berkata pada masa ini, kerajaan hanya membenarkan warga Nepal bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan dan cadangan itu bagi mengimbangi kekurangan tenaga kerja warga Nepal dan tempatan untuk bekerja dalam sektor itu.


Dalam pada itu, Hamzah berkata majikan boleh membuat permohonan bagi mendapatkan tenaga kerja berkenaan selepas perbincangan itu diadakan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata menerusi Ops Pagar Laut, 63 tangkapan dilakukan dalam tempoh 19 April hingga 17 Mei lalu.

Tangkapan itu dibuat membabitkan pelbagai kesalahan jenayah maritim antaranya pendatang asing tanpa izin (PATI), penyeludupan kontraban (rokok dan arak tidak bercukai) dan barang kawalan serta pencerobohan bot nelayan asing.

“Tangkapan itu membabitkan keseluruhan nilai rampasan kira-kira RM23 juta. Tangkapan ini menggambarkan bahawa sindiket, pelaku jenayah seperti PATI cuba mengambil kesempatan untuk memasuki sempadan negara ini ketika Aidilfitri,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori