Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

16 Pertuduhan Sabotaj Parti...

Kuala Lumpur : Penggantungan keahlian bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh...

Melaka Sasar 15,014 Rumah...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka menyasarkan 15,014 rumah mampu milik dibina di negeri...

Sultan Ibrahim Tegur Persekitaran...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan perasaan kecewa terhadap...

Tak Nak Pakai Baju...

ADIK Uqasha dan Nelydia Senrose iaitu juara Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose didakwa...

Pemandu Bas Ekspres Cabul Penumpang Direman Empat Hari

KUALA TERENGGANU – Seorang pemandu bas ekspres direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes mencabul penumpang wanita pada Ahad.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Perintah reman bermula Isnin itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Hairul Azhar Mohamad mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan pemandu sebuah bas ekspres yang disyaki mencabul seorang penumpang wanita berusia 21 tahun yang sedang tidur ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kelantan ke Melaka.


Mangsa yang juga penuntut maktab perguruan mendakwa diraba oleh suspek semasa bas ekspres itu berhenti rehat di Ajil, Hulu Terengganu kira-kira pukul 4 pagi.

Lelaki berusia 27 tahun itu diberkas sebaik sahaja bas ekspres dari Kelantan tiba di Terminal Melaka Sentral di Melaka kira-kira pukul 10.30 pagi, Ahad.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori