Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hukuman Gantung Azilah Hadri...

PUTRAJAYA : Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman gantung sampai mati kepada penjara...

Pesawat Penerbangan QZ8501 Digunakan...

Pesawat jenis Airbus A320 dengan Nombor Siri Pembuat 3648 dan didaftar sebagai PK-AXC...

Jambatan Ke-3 Klang Dinamakan...

KLANG - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menamakan jambatan...

Gempar! Ibu Ditemui Hayun...

SEORANG wanita mengejutkan warga setempat apabila dilihat menghayunkan mayat anak kandungnya yang berusia...

Penduduk Kampung Di Assam Maut Makan Cendawan Beracun

ASSAM : Seramai 11 penduduk Kampung Chapatoli di daerah Dibrugarh, Assam termakan cendawam beracun sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Daripada jumlah itu, tiga mangsa maut selepas mengalami gejala muntah, sakit perut dan menggigil.

Anjali Kharia berkata, kesemua mangsa yang jatuh sakit pada hari sama didapati memakan beberapa cendawan liar yang dipetik oleh bapa mentuanya dari hutan berhampiran, sebelum diberikan kepada jiran tetangga.

Sushmita, 6, yang merupakan anak kepada Kharia turut mengalami gejala muntah yang teruk sebelum rebah di pangkuan ibunya.

“Semasa pukul 3 pagi, anak saya terjaga dan dia muntah teruk dan menggigil.

“Saya tak hantar anak ke hopsital selepas melihat dia sembuh selepas mengambil ubat. Saya ingatkan dia dah baik, tetapi tak sampai dalam masa 24 jam, dia muntah lagi dan meninggal dunia di pangkuan saya,” luahnya.


Penduduk di Assam sering mencari cendawan dan paku pakis di hutan bagi tujuan masakan serta penyediaan pelbagai makanan.

Cendawan liar juga dianggap sebagai makanan istimewa untuk dinikmati dalam hidangan sup pekat dan sayur-sayuran.

Di Assam, kematian seperti itu adalah perkara biasa sejak Mac dan April lalu, apabila ratusan cendawan memenuhi ladang hijau teh yang terkenal di negeri itu.

Pekerja miskin di ladang itu sering menjadi mangsa dan sehingga kini tiada rekod rasmi kematian dicatatkan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori