Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Penumpang Maut, Kereta Langgar...

BELURAN - Seorang penumpang sebuah kereta pacuan empat roda maut selepas kereta itu...

Peminat ‘Curi’ Seluar Dalam...

KALAU dah memang minat tu, apa-apa milik penyanyi pujaan semuanya berbau 'harum' dan...

Anwar Sah Tak Ambil...

PETALING JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal spekulasi bahawa beliau akan mengambil...

Lelaki Bawa Simen Dan...

China ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Selepas berdepan dengan masalah untuk membawa 180kg simen dan anjingnya dengan...

Pengetua Bebas Tuduhan Amang Seksual Fizikal 4 Pelajar Lelaki

BUTTERWORTH : Seorang pengetua sebuah sekolah menengah di sini dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat pelajar lelaki pada 2018.

Ikuti Mynewshub:Ā Facebook,Twitter,Ā TikTok,Ā Telegram,Ā Instagram

Hakim Noor Aini Yusof membuat keputusan itu terhadap Zainuren Mohamed, 58, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Sejurus mendengar keputusan itu, Zainuren mengalirkan air mata manakala isterinya kelihatan meraup wajah sebagai tanda kesyukuran.

Dalam penghakimannya, Noor Aini berkata, alasan mahkamah terhadap keputusan tersebut adalah berdasarkan kredibiliti saksi terutama keterangan beberapa saksi termasuk guru.

ā€œMahkamah juga mendapati banyak kelompangan dalam kes pendakwaan yang mana sekiranya mahkamah memanggil tertuduh untuk membela diri dan tertuduh memilih untuk berdiam diri, adalah tidak selamat untuk mahkamah mensabitkan tertuduh berdasarkan keterangan yang ada.

ā€œKetiga, adalah kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil saksi utama, Fikri iaitu rakan mangsa,ā€ kata Noor Aini semasa penghakiman.

Beliau berkata, alasan penghakiman penuh akan disediakan sekiranya ada rayuan daripada pihak pendakwaan.


Dalam pada itu, mahkamah turut memerintahkan wang jaminan dikembalikan kepada penjamin.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Syeqal Che Murat manakala tertuduh diwakili peguam E. Gnasegaran.

Terdahulu, Zainuren mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth pada Januari 2019 atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas empat pelajarnya berusia 11 hingga 14 tahun.

Mengkut kertas pertuduhan, beliau didakwa melakukan kesalahan itu di bilik khas pengetua dan asrama di sebuah sekolah antara pukul 4 petang hingga 11.40 malam antara 6 April hingga 10 Oktober 2018.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil sepanjang kes itu dibicarakan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori