Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Maman Teacher’s Pet Terbabit...

KUANTAN - Seorang komposer muzik yang berasal dari Singapura, Rosman Lamri, 46, terbabit...

Teksi Sapu Sogok Penguatkuasa...

KUALA LUMPUR - Enam kakitangan penguat kuasa hari ini ditahan reman enam hari bagi...

Permohonan Bapa Altantuya Guna...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan bapa Altantuya,...

Bukan Perkara Baharu Nurul...

KUALA LUMPUR - Peletakan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai...

Pengguna Mengeluh Harga Barang Naik Lagi

SEREMBAN : Pengguna di negeri ini yang mahu mengadakan rumah terbuka atau menerima kunjungan tetamu sempena Aidilfitri mungkin terbeban dengan kenaikan harga barang basah ketika ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Tinjauan di Pasar Besar Seremban di sini, hari ini mendapati rata-rata harga sayur dan ikan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Bekas pekerja swasta dari Sikamat, Azman Baharudin, berkata harga barangan basah dikesan terus naik walaupun tidak ketara.

“Sebelum ini saya beli ikan kembung dalam anggaran RM12 sekilogram namun kini mencecah RM19 sekilogram.

“Peniaga meletakkan harga lebih mahal jika ikan segar sebelum menurunkan sedikit harga selepas beberapa hari jika ikan tidak terjual,” katanya ketika ditemui di pasar berkenaan, hari ini.

Azman mendakwa, ada peniaga sayur mengekalkan harga sayur-sayuran namun mengurangkan kuantitinya dalam seikat hasil tanaman yang dijual.


“Dalam suasana masih menyambut Aidilfitri, ramai yang berbelanja untuk mengadakan rumah terbuka atau menjemput tetamu ke rumah.

“Dengan situasi harga yang tidak terkawal ini, mungkin ada golongan yang sedikit terbeban, jadi mereka perlu pandai menguruskan perbelanjaan supaya tidak ‘kering’ di hujung bulan,” katanya.

Sainon Dahalan, 69, dari Senawang berkata, kenaikan harga barang memang ketara ketika ini, namun pengguna tiada pilihan.

“Saya perasan harga cili padi sebelum ini RM18 sekilogram tetapi kini harganya mencecah RM25 sekilogram, selain harga sayuran seperti pegaga.

“Harga ayam ada juga berlaku kenaikan tetapi kerajaan mengawalnya dengan menetapkan harga siling. Kalau orang tengah jadi puncanya, saya harap kerajaan akan ambil tindakan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori