Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

KPPA Dahului Penerima Darjah...

KUALA KANGSAR - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman mendahului...

7,041 Polis Bertugas Sepanjang...

KUCHING - Seramai 7,041 pegawai kanan dan anggota polis akan bertugas sepanjang tempoh...

Filem The Wolf of...

SEGELINTIR pihak nampaknya cuba mengaitkan filem The Wolf of Wall Street dengan 1...

Sah Rafizi Hentam Kromo

Sudah enam hari sejak Raja Formula Rafizi Ramli memperlekehkan saranan Datuk Seri Najib...

Penumpang Terkandas Ruang Udara LTSAAS Ditutup

KUALA LUMPUR: Ramai penumpang yang menggunakan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang didakwa terkandas berikutan penutupannya bagi sebarang penerbangan hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata ramai penumpang dari Pulau Pinang terkandas apabila penutupan dilakukan untuk terbang lintas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sempena sambutan Hari TUDM.

“Flight (penerbangan) dari Penang (Pulau Pinang) semua tak dapat take off (berlepas).

“Penumpang terkandas. Kita tak halang program (Hari TUDM) tapi program seperti ini sepatutnya dimaklum awal, kenapa tiada notis?” katanya dalam ciapan Twitter.

Menerusi ciapan sama, beliau berkata kegagalan pihak berkuasa lapangan terbang mengurus jadual penerbangan adalah satu yang tidak bertanggung jawab.


“Program hari ini bukan kecemasan tapi program sambutan Hari TUDM. Sepatutnya tiket jangan dijual untuk slot ini atau notis diberi lebih awal kepada penumpang,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang dihubungi memaklumkan operasi LTSAAS tidak ditutup dan ia beroperasi seperti biasa dan penutupan hanya membabitkan ruang udara lapangan terbang itu.

Katanya, ruang udara berada di bawah kendalian Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), manakala syarikat penerbangan adalah pihak yang bertanggungjawab memaklumkan kepada penumpang jika terdapat sebarang penangguhan jadual penerbangan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori