Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

KFA Sila Bayar Cukai...

TERKEJUT penulis baca kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang juga Menteri Besar...

Malaysia Komited Proses Ratifikasi...

KUALA LUMPUR – Malaysia komited untuk menyempurnakan proses ratifikasi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)...

RM18j Setahun Biayai Bil...

PASIR PUTEH - Kerajaan pusat membelanjakan RM18 juta setahun melalui rebat elektrik RM20...

M’sia, Australia Berterima Kasih...

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Australia gembira dengan ikrar China untuk menyumbang A$20...

Penyakit Cacar Monyet Dikesan Di Britain

LONDON – Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) memaklumkan bahawa seorang warga di England telah dijangkiti penyakit cacar monyet, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pesakit itu baru-baru ini telah melakukan perjalanan dari Nigeria di mana dia disyaki mendapat jangkitan tersebut sebelum mengembara ke Britain, kata UKHSA.

Pesakit berkenaan sedang menerima rawatan di unit pernyakit berjangkit di Guy’s and St Thomas’ NHS Foundation Trust, London.

Cacar monyet adalah jangkitan virus yang jarang berlaku dan membunuh satu daripada 10 orang yang dijangkiti tetapi tidak mudah merebak melalui manusia.

Kes itu adalah yang ketujuh direkodkan di Britain dan merupakan satu-satunya kes yang ditemui sejak dua kes telah dikenal pasti di Wales Utara pada 2021.


Jangkitan virus cacar monyet boleh merebak apabila seseorang menjadi kontak rapat kepada pesakit yang dijangkiti. Bagaimanapun, risiko penularan adalah rendah dalam kalangan orang awam.

Jurucakap kerajaan berkata, sebagai langkah berjaga-jaga, pakar-pakar UKHSA sedang bekerjasama dengan rakan sekerja Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) untuk mengesan kontak rapat pesakit berkenaan bagi memberikan maklumat dan nasihat kesihatan.

Gejala awal cacar monyet termasuk demam, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang, kelenjar bengkak, menggigil dan keletihan.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori