Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pelajar Tembak Mati Rakan...

MARYSVILLE, Washington – Seorang pelajar menembak mati rakan sekelas dan mencederakan empat lagi...

Pembangkang Salah Guna Kenyataan...

KUALA LUMPUR - Tindakan parti pembangkang cuba menonjolkan kepada masyarakat kononnya kenyataan Majlis...

Calon Bebas Dan PAS...

PORT DICKSON — Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, antara lima calon bebas...

Wan Azizah Menang: Wanita...

KUALA LUMPUR - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa undi kaum Melayu ke...

Petani Venezuela 112 Tahun Disahkan Lelaki Tertua Yang Masih Hidup

CARACAS: Seorang petani Venezuela berusia 112 tahun secara rasmi disahkan sebagai lelaki tertua yang masih hidup, susulan kematian seorang warga Sepanyol yang sebelum ini memegang rekod itu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Guinness World Records berkata, Juan Vicente Perez disahkan sebagai lelaki tertua yang masih hidup pada Februari lalu.

“Beliau memiliki tahap kesihatan dan memori yang luar biasa. Beliau mengingati zaman kanak-kanak, perkahwinan, nama adik beradik, anak-anak dan cucunya.

“Beliau gemar dikelilingi ahli keluarga dan sahabat, ketika mereka berkongsi cerita dan berbual,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Perez dilahirkan pada 27 Mei 1909 di barat Tachira, di mana beliau membantu ibu bapanya menuai tebu dan kopi seawal usia lima tahun.

Ketika dewasa, beliau bekerja sebagai syerif yang bertanggungjawab menyelesaikan pertikaian tanah di bandarnya.

Perez berkahwin dengan Ediofina del Rosario Garcia selama 60 tahun, sebelum isterinya meninggal dunia pada 1997.


Mereka memiliki 11 cahaya mata.

Perez memiliki 41 cucu, 18 cicit dan 12 piut.

Beliau berkata, rahsia tempoh hayatnya yang panjang adalah ‘bekerja keras, berehat ketika bercuti, tidur awal, minum segelas arak yang disuling setiap hari, mencintai tuhan dan sentiasa membawa-Nya di dalam hati.’

Lelaki tertua yang hidup sebelum ini adalah rakyat Sepanyol, Saturnino de la Fuente Garcia, yang meninggal dunia Januari lalu, sebulan sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-113.

Individu tertua yang masih hidup pula ialah wanita warga Perancis, Lucile Randon, seorang biarawati yang lahir pada 11 Februari 1904, dan kini berusia 118 tahun.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori