Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Teringin Ganding Dengan Zul,...

SETIAP selebriti yang pernah bergelar pelakon pasti mempunyai impian yang ingin mereka kecapi...

Hull Dipilih Lokasi Bogel...

LONDON - Kota Hull di utara England berjaya dipilih sebagai lokasi berikutnya untuk...

Tak Peduli Arahan Mufti,...

KUALA LUMPUR - Walaupun sudah diarahkan Mufti Wilayah Persekutuan (WP), Datuk Dr. Zulkifli...

Prasarana Jumpa APAD, DBKL...

SUNGAI BULOH - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan mengadakan pertemuan dengan Agensi Pengangkutan...

PGA Gagalkan Kegiatan Seludup 30,000 Liter Diesel

JOHOR BAHRU: Sepasukan polis dari Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan diesel dengan merampas 30,000 liter minyak bersubsidi itu yang bernilai RM64,500 di Jalan Batu 18, Jalan Sungai Tiram, di sini pagi ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pegawai Pemerintahnya, Superintenden Dimin Awang berkata, dalam serbuan bersama anggota Polis Balai Ulu Tiram, di sini kira-kira pukul 4.30 pagi itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen memiliki, menyimpan dan membawa barang kawalan.

“Tangkapan dan rampasan yang dibuat diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain rampasan 30,000 liter minyak diesel berkenaan, sebuah lori tangki turut disita dengan nilai anggaran keseluruhan berjumlah RM224,500.


Dimin berkata, tangkapan dan rampasan ini berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi di sekitar Johor Bahru.

“Kami menyeru kepada orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban serta kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di jalan yang tidak diwartakan melalui talian hotline 07-7557280,” katanya.

Sementara itu, kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori