ROM: Perdana Menteri Itali, Mario Draghi menggesa gencatan senjata dilaksanakan di Ukraine bagi membolehkan rundingan serius diadakan untuk menamatkan perang yang melumpuhkan negara itu.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Draghi ketika memaklumkan Senat berkata, gencatan senjata itu harus dicapai dengan `secepat mungkin’.
Komen Draghi menyusul ketika pemimpin itu membahas mengenai peranan Itali dalam menyokong Ukraine.
Isu berkenaan dilaporkan menimbulkan ketegangan yang semakin meningkat dalam kalangan ahli politik parti pemerintah itu.
Draghi juga menegaskan semua negara harus terus meningkatkan tekanan ke atas Russia menerusi pelaksanaan sekatan ekonomi agar ia dapat membawa Moscow ke meja rundingan.
UtusanOnline-