Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Jangan Nafi Taraf Hebat...

BESUT - Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh hari ini menegaskan sesiapa...

Mahathir Salah Tun Hussein,...

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa beliau hanya mewarisi sistem dan...

Kematian COVID-19 Di Amerika...

WASHINGTON - Kematian akibat COVID di Amerika Syarikat (AS) mencecah 47,000, pada Rabu,...

Jangan Tuduh Melulu, Faye...

PENYANYI Elly Mazlein meluahkan rasa kecewa apabila bekas suami, Azmi Hatta dipercayai mahu...

Polis Rampas Dadah Bernilai RM26.5 Juta

PETALING JAYA: Seorang lelaki tempatan dipercayai mengajar tiga wanita warga China termasuk kekasihnya cara-cara menghasilkan dadah serta mengedar sebelum dijual ke pasaran tempatan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Kesemua suspek berusia 48 hingga 56 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Kuala Lumpur dalam empat serbuan pada 26 Mei lalu.

Turut dirampas, serbuk dadah jenis MDMA dan sejumlah pil yang dianggarkan bernilai RM26.5 juta.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua tangkapan terdiri daripada seorang lelaki tempatan dan tiga wanita warga China berusia yang disyaki terlibat.

Jelas beliau, siasatan mendapati sindiket menjadikan kondominium mewah sebagai tempat memproses dan penyimpanan dadah sebelum ia dipasarkan ke seluruh ibu negara.

“Sindiket berkenaan sengaja menjadikan kondominium mewah yang sukar untuk dimasuki orang luar itu sebagai taktik untuk mengaburi mata pihak berkuasa dan orang ramai.

“Kondominium itu disewa dengan harga RM2,500 dan pihak polis sendiri sukar untuk memasuki kawasan berkenaan kerana kawalan keselamatan yang ketat,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, dalang utama adalah lelaki tempatan itu dan dia bertanggungjawab mengajar wanita dari China untuk memproses dan membungkus dadah itu.


Katanya, seorang daripada wanita itu adalah teman wanita suspek dan dia diajar menguruskan dadah yang diproses.

“Hasil semakan awal mendapati kesemua suspek wanita berada di negara ini antara empat hingga lima tahun lalu dan mereka disyaki masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial,” jelas beliau.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, setiap bahan untuk menghasilkan dadah dibeli dari pasaran tempatan dan kemungkinan dia sendiri belajar memproses dadah dari internet.

Jelasnya, sindiket dipercayai aktif sejak penghujung tahun lalu dan mengedar di pasaran tempatan termasuk di pusat hiburan.

“Tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 yang mana JSJN menyita pelbagai aset termasuk dua kenderaan, wang tunai, jam tangan dan barangan kemas bernilai RM122,000.

“Ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah dan mereka juga tiada rekod jenayah lampau.

“Suspek direman seminggu bermula 27 Mei lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori