Soalan ini wajar ditujukan kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Pertama, beliau mendakwa PAS berpendirian ‘kerajaan Perikatan Nasional (PN)’ perlu dikekalkan sehingga akhir penggal.
Penggunaan nama ‘kerajaan PN’ oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang seperti dilaporkan media itu agak mengelirukan.
Yang rakyat ingat adalah kerajaan gagal PN telah lama berkubur. Kerajaan hari ini adalah kerajaan campuran Keluarga Malaysia.
Apakah ini bermakna Presiden PAS enggan mengiktiraf kerajaan semasa, sebaliknya masih mengiktiraf Malaysia ditadbir ‘kerajaan PN’?
Kedua, PAS dikatakan akan kekal dengan agenda perpaduan ummah melalui kerjasama dengan Bersatu dan UMNO.
Pendirian itu bercanggah dengan kenyataan Bersatu iaitu PN akan menjalin kerjasama dengan semua parti selain Barisan Nasional (BN).
Bersatu mahu memastikan satu lawan satu dengan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Ini bermaksud PN akan turut bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dianggotai DAP bagi merealisasikan misi “one by one”.
Dengan demikian perpaduan ummah yang disebut Presiden PAS itu tidaklah benar dan tidak lagi realistik, malah sekadar mengelirukan rakyat.
Dalam keadaan demikian BN jua gabungan politik yang benar-benar solid dan mudah difahami kerana tekadnya untuk mengembalikan BN sebagai kerajaan dominan.
Mynewshub-