PETALING JAYA: Empat sekeluarga warga Indonesia berdepan detik cemas apabila sebuah bilik di rumah flat di tingkat enam Blok 2, Desa Mentari, di sini terbakar pagi tadi.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Bagaimanapun, seorang wanita bersama dua anak dan ibunya sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.08 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, seramai 14 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala, dan Subang Jaya tiba di lokasi kejadian pada pukul 10.19 pagi untuk mulakan operasi pemadaman api.
“Kebakaran berpunca dari sebuah bilik dalam rumah yang mengakibatkan sekitar 80 peratus unit tersebut musnah.
“Api berjaya dikawal pasa 10.26 pagi dan penghuni rumah ketika itu iaitu seorang wanita bersama ibu dan dua orang anak berjaya dikeluarkan sebelum api marak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, punca kejadian masih dalam siasatan.
UtusanOnline-