ZAPORIZHZHIA: Sekurang-kurangnya 60 orang dikhuatiri terbunuh akibat pengeboman tentera Russia di sebuah sekolah perkampungan di wilayah Lugansk, utara Ukraine,
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Gabenor, Serhiy Gaidai, berkata tentera Russia menjatuhkan bom ke atas sekolah di Bilohorivka, di mana 90 orang berlindung, menyebabkan kebakaran selama lebih empat jam yang memusnahkan bangunan itu.
“30 orang dipindahkan daripada runtuhan, tujuh daripadanya tercedera dan 60 orang kemungkinan besar terbunuh di bawah runtuhan bangunan, sementara dua mayat mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya dalam aplikasi Telegram.
Laporan itu bagaimanapun tidak dapat disahkan.
Ukraine dan sekutu Baratnya menuduh tentera Russia sengaja menyasarkan orang awam dalam peperangan itu, namun Moscow menafikan dakwaan itu.
Timbalan Komander Regimen Azov Ukraine, berkata Russia masih meneruskan serangan intensif ke atas loji besi Azovstal, yang juga kubu terakhir pertahanan Ukraine di kota pelabuhan selatan, Mariupol, yang musnah.
“Kami akan terus berjuang selagi masih hidup untuk menghalau penjajah Russia,” menurut Kapten Sviatoslav Palamar, yang merayu komuniti antarabangsa untuk membantu memindahkan tentera tercedera dari loji berkenaan.
BHonline-