GUWAHATI: Lebih 500,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing di Assam, timur laut India untuk menyelamatkan diri daripada banjir akibat hujan monsun.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Menurut pihak berkuasa, bencana yang melanda negari itu mengakibatkan tujuh orang lemas setakat ini.
Pihak berkuasa memberi amaran keadaan boleh menjadi lebih buruk.
Sungai Brahmaputra yang mengalir menerusi India dan Bangladesh dari Tibet dilaporkan melimpah di Assam sejak tiga hari lalu sehingga menenggelamkan lebih 1,500 perkampungan.
Hujan lebat melanda kebanyakan kawasan berbukit dan ramalan cuaca menjangkakan ia akan berterusan selama dua hari lagi.
“Lebih 500,000 penduduk terjejas, dengan situasi banjir menjadi semakin kritikal setiap jam,” kata Menteri Sumber Air di Assam, Pijush Hazarika.
Hazarika mengesahkan tujuh orang lemas dalam kejadian berasingan sejak tiga hari lalu.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Assam, Keshab Mahanta berkata, pasukan tentera berjaya menyelamatkan lebih 2,000 orang yang terperangkap di daerah Hojai dalam satu operasi menyelamat.
UtusanOnline-