GEORGE TOWN – Polis telah menyelesaikan siasatan kes video tular yang menunjukkan dua anggota polis trafik mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu oleh seorang anak ahli Parlimen di Jalan Bukit Gambir di sini baru-baru ini.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kertas siasatan telah dilengkapkan dan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.
”Rakaman percakapan pemandu kenderaan tersebut telah diambil pada 9 Mei lalu oleh pegawai penyiasat.
”Kertas siasatan telah dirujuk kepada TPR,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebelum ini, menerusi klip video yang dimuat naik di laman sosial Facebook, kelihatan dua anggota polis trafik mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu oleh seorang anak ahli Parlimen.
-Kosmo Online