Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SC Pelawa Permohonan Dana...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mempelawa syarikat-syarikat pengurusan modal teroka...

Lelaki Malaysia Disyaki Daesh...

BANGKOK - Pihak berkuasa Thailand mengesahkan bahawa seorang lelaki rakyat Malaysia yang mempunyai...

Jatuh Eskalator: Mangsa Tunjuk...

KANAK-kanak perempuan yang terjatuh dari eskalator di sebuah kompleks beli belah di Bukit...

MH370: Anak Masih Percaya...

KUALA LANGAT - "Setahun sudah berlalu sejak Penerbangan MH370 hilang, tetapi saya masih...

Siew Kiong Umum Keluar MCA

JOHOR BAHRU – Bekas Setiausaha MCA Pusat, Datuk Tee Siew Kiong pada Khamis meletak jawatan sebagai Ketua Bahagian MCA Pontian, sekali gus mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Siew Kiong, 58, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang selama tiga penggal menyatakan, tidak akan menyertai mana-mana parti setakat ini.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keputusan parti yang menggantung keahliannya selama lima tahun bermula pada 13 Mei lalu.

“Hari ini, merupakan hari terakhir bagi tempoh 14 hari rayuan penggantungan keahlian dibuat. Namun selepas membuat pertimbangan dan mendengar pendapat semua pihak termasuk penyokong, saya tidak akan membuat rayuan.

“Ini kerana, saya berpandangan tidak akan berlaku sebarang perubahan apatah lagi cadangan hukuman daripada Jawatankuasa Tatatertib pun boleh diubah, jadi keputusan rayuan juga boleh dijangkakan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Pusat Ekonomi Digital Johor, Danga Bay, di sini pada Khamis.

Bekas Exco Pelancongan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor ini turut menjelaskan akan berehat bersama keluarga sebelum membuat sebarang keputusan masa depan politiknya.


Ditanya sama ada beliau akan menyertai MCA kembali sekiranya dipujuk, jelasnya, perkara itu masih belum difikirkan.

“Saya berserah kepada Tuhan, sekiranya masih ada rezeki dan kemampuan pada diri saya menyumbang kepada masyarakat saya meneruskan kerjaya politik saya.

“Sekiranya Wee Ka Siong tidak menjadi Presiden MCA, saya mungkin akan kembali kepada MCA. Namun perkara itu mustahil akan berlaku dalam masa terdekat,” ujarnya.

Pada 17 Mei, Siew Kiong mengadakan sidang media berhubung keahliannya digantung selama lima tahun dalam parti itu, bermula 13 Mei lalu.

Menerusi notis penggantungan yang ditunjukkan kepada media menerusi sidang akhbar itu, Siew Kiong digantung keahlian kerana mengkritik pimpinan parti dan telah mengeluarkan kenyataan palsu di dalam Facebook Live pada 25 Februari lalu dan 21 April lalu.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori