Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kes Pokok Tumbang: Suami...

KUALA LUMPUR - Nor Azrul Ahmad yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)...

Pendaki Cedera Parah Mendaki...

MIRI – Seorang pendaki wanita berasal dari Sabah cedera parah setelah terjatuh semasa...

Serena, Nadal, Murray ‘Hangat’...

MELBOURNE - Serena Williams akan kembali beraksi di Terbuka Australia buat kali pertama...

Siti Rai Ulang Tahun...

HEBAT... Ratu Pop Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menyambut hari kelahirannya yang...

SPRM Siasat Perolehan Berkaitan Covid-19

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang melakukan siasatan terhadap perolehan berkaitan Covid-19 yang didakwa mempunyai unsur rasuah dan penyelewengan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki berkata, terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam keadaan negara sedang bergelut dengan pandemik Covid-19.

“Ia menyedihkan. Negara berada dalam pandemik dan darurat (sebelum ini) namun beberapa perolehan terpalit rasuah,” katanya.

Menurutnya, siasatan yang sedang dilakukan adalah termasuk aktiviti rasuah dalam perolehan perkhidmatan perubatan, penyalahgunaan kuasa mengalihkan bantuan dan pakej rangsangan, penipuan berkaitan peralatan perubatan dan sebagainya.


“Penipuan berkaitan perubatan merangkumi pelitup muka, sarung tangan dan lain-lain yang didapati palsu atau berkualiti rendah,” katanya dalam ucaptama Forum Anti Rasuah Malaysia di sini, pada Selasa.

Beliau berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu jelas menunjukkan masih terdapat pihak yang mengambil kesempatan menikmati wang haram hasil daripada ‘kesakitan’ atau kemalangan orang lain.

“Saya memberi jaminan kepada semua orang bahawa SPRM bekerja sepanjang masa untuk memastikan rasuah sentiasa disemak dengan baik di Malaysia,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori