Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Jolie Tuduh Pitt Gagal...

LOS ANGELES - Angelina Jolie menuduh Brad Pitt gagal memberi nafkah kepada anak...

Wanita Bawa Beruang Kutub...

TOKYO – Satu klip video yang memaparkan seorang wanita bersama seekor beruang kutub...

Tiada Lantikan Politik Diberhenti...

KUALA NERUS – Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan desas-desus kononnya...

Basikal Lajak: Pengurusan Kes...

PUTRAJAYA – Rayuan kerani wanita terhadap hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000...

Sri Lanka Tarik Balik Perintah Berkurung

COLOMBO: Pihak berkuasa Sri Lanka menarik balik perintah berkurung di seluruh negara, hari ini sempena sambutan Hari Wesak.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Bagaimanapun, perayaan keagamaan terpenting di Sri Lanka tidak disambut meriah ketika perdana menteri baharu bergelut menangani krisis ekonomi yang paling buruk.

Perintah berkurung di seluruh negara dikuatkuasa hampir sepanjang minggu lalu selepas rusuhan ganas berlaku sehingga mengakibatkan sembilan maut dan lebih 225 cedera.

Kejadian itu berlaku selepas serangan tercetus antara kumpulan penyokong kerajaan penunjuk perasaan.

Penunjuk perasaan di seluruh negara itu menuntut peletakan jawatan Presiden Gotabaya Rajapaksa berhubung krisis ekonomi terburuk di Sri Lanka.


Pihak berkuasa Sri Lanka mengisytiharkan cuti dan mengumumkan untuk menarik balik perintah berkurung yang dilaksanakan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak menyatakan tempoh atau sama ada akan menguatkuasa semula perintah berkurung berkenaan.

Krisis berterusan mendorong kerajaan membatalkan rancangan menyambut perayaan itu yang dijadualkan diadakan di sebuah kuil yang terletak di selatan pulau itu.

“Mengambil kira situasi ekonomi dialami kerajaan dan isu lain, kita tidak akan menyambut perayaan kali ini di Kuil Kuragala seperti dirancang sebelum ini,” kata seorang pegawai Kementerian.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori