Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kepala Anak Tertusuk Gunting...

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital apabila sebilah gunting...

Turun Padang Bersedia Hadapi...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengulangi ingatannya kepada...

Tinggal Kurang 2 Peratus...

KUALA LUMPUR - Tinggal kurang daripada dua peratus sahaja lagi bagi Malaysia mencapai...

Imigresen Tahan 29 PATI...

KLANG - Jabatan Imigresen Selangor menahan 29 warga asing dalam satu operasi di...

Tempoh Guru Interim Lanjut Setahun Lagi

PUTRAJAYA : Tempoh perkhidmatan ribuan guru interim bagi lantikan pada 2019 lalu di semua institusi Kementerian Pendidikan seluruh negara dilanjutkan untuk setahun.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Berita gembira tersebut dimaklumkan menerusi kenyataan ringkas kementerian berkenaan di sini hari ini, susulan beberapa isu melibatkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

“Pelanjutan ini juga bagi membolehkan guru-guru terbabit dapat menyelesaikan urusan temuduga dan proses lantikan secara tetap untuk memenuhi syarat oleh pihak berkenaan,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin memaklumkan bahawa guru interim berkhidmat di sekolah kerajaan bakal diberikan keutamaan bagi pelantikan tetap.

Inisiatif terbaharu itu dilakukan bagi menampung segera kekosongan guru di banyak sekolah kementerian tersebut sama ada bersara wajib, meninggal dunia atau berhenti kerja lebih awal.


Kementerian Pendidikan berkata, bagi guru interim lantikan sebelum 2019 pula hendaklah memastikan syarat Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan dipenuhi.

“Ini juga bagi membolehkan perakuan dapat dilaksanakan oleh pihak kementerian sebelum dikemukakan pula kepada SPP untuk urusan temuduga dan pelantikan tetap dibuat,” katanya.

Sehubungan itu, kementerian berkenaan memberi jaminan sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik bagi menangani nasib isu guru interim di seluruh negara.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori