Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penyanyi Rap Jerman Sertai...

PENYANYI rap Jerman, Deso Dogg atau nama sebenarnya Denis Cuspert yang menjadi penyembelih...

Haji Samirudin, Riki Dihukum...

KULAI – Tindakan dua tahanan melarikan diri ketika dalam perjalanan menuju ke Penjara...

Najib Beri Keterangan 4...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di ibu...

Penjelasan Jualan Saham MAHB...

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada...

Tengking Sebab Salah Faham Nombor Giliran

Shah Alam : Salah faham mengenai nombor giliran menyebabkan berlaku kejadian kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meninggikan suara terhadap pelanggan, hingga video mengenainya tular di media sosial.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, insiden berlaku pada 26 April lalu di kaunter Pejabat Cawangan MBSA di Kota Kemuning.

“MBSA mengadakan siasatan dalaman dan untuk makluman, kejadian itu berlaku akibat salah faham antara seorang pelanggan dan seorang daripada petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

“Salah faham itu dapat diselesaikan setelah pelanggan mengambil nombor giliran dan akhirnya meneruskan urusan pembaharuan lesen perniagaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, MBSA juga memohon maaf atas insiden yang berlaku dan akan berusaha memastikan perkara sedemikian tidak berulang.

“MBSA berharap penjelasan ini dapat memberi gambaran sebenar terhadap isu video yang ditularkan di media sosial. MBSA sentiasa mengalu-alukan sebarang pendapat dan cadangan daripada semua pihak demi meningkatkan lagi mutu dan kualiti perkhidmatan kami,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 1.38 saat tular yang memperlihatkan seorang kakitangan MBSA meninggikan suara terhadap pelanggan yang berurusan di kaunter.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori