Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Selepas Suami Disiasat PDRM,...

PETALING JAYA : Siasatan ke atas suami bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM),...

“Ainul Kuat, Sudah Sedar”

KUALA LUMPUR - ā€œAinul sudah sedar, Alhamdulillah.ā€ Itu merupakan berita gembira yang disampaikan bapa...

Musa Minta Rakyat Sabah...

TAWAU - Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini meminta rakyat...

Pengambilan Dos Penggalak Kedua...

PUTRAJAYA - Trend pengambilan dos penggalak kedua di seluruh fasiliti kesihatan menunjukkan peningkatan...

`Transporter’ Gagal Seludup Masuk 7 Warga Myanmar

BUKIT KAYU HITAM: Bertindak selaku `transporter’, cubaan seorang lelaki warga Myanmar untuk membawa masuk tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) senegaranya ke negara ini, gagal apabila mereka ditahan polis, awal pagi tadi.

Ikuti Mynewshub:Ā Facebook,Twitter,Ā TikTok,Ā Telegram,Ā Instagram

Lelaki berusia 37 tahun yang tinggal di Naka, Padang Terap itu dikatakan bertindak membawa tujuh Pati yang kesemuanya lelaki berusia 18 hingga 40 tahun dengan sebuah kereta Perodua Alza yang dipandunya.

Mereka bagaimanapun ditahan anggota polis dari pasukan ronda cegah jenayah Balai Polis Bukit Kayu Hitam, di Kilometer 4.7 Lebuhraya Utara Selatan, di sini, pada jam 4.15 pagi.

Difahamkan, kesemua PATI itu dipercayai cuba masuk ke negara ini untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata anggotanya menahan Perodua Alza yang dipandu suspek selepas mendapati kenderaan itu dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemui tujuh lelaki yang disyaki tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah masuk ke negara ini.


“Hasil siasatan juga mendapati, pemandu kereta warga Myanmar itu sudah hampir 10 tahun tinggal di negara ini dan bekerja sebagai buruh binaan.

“Kesemua tujuh PATI warga Myanmar itu memasuki negara ini melalui kawasan Ladang Rakyat Bukit Kayu Hitam menerusi ejen yang dikenali di Thailand,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rodzi berkata, kesemua PATI dibawa ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 / Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori