Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Serampang Dua Mata LHDNM Dan Kastam

Cyberjaya, 19 Ogos 2024 - Kerjasama erat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)...

Ganjaran RM5,000 Cari Pembunuh...

PERSATUAN Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menawarkan ganjaran wang tunai RM5,000 kepada saksi atau...

Pasangan Suami Isteri Ditahan...

SEREMBAN - Sepasang suami isteri yang membiayai kehidupan seharian mereka termasuk membeli dadah...

Rompak: Bekas Peniaga Dipenjara...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas peniaga steamboat dihukum penjara lima tahun dan tiga...

Tujuh Nelayan Filipina Hilang Selepas Bot Langgar Kapal Kargo

MANILA: Pasukan penyelamat giat menjalankan operasi mencari serta menyelamat tujuh nelayan yang hilang selepas bot mereka berlanggar dengan kapal kargo dalam satu insiden.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Kapal nelayan Filipina dan MV Happy Hiro yang berbendera Kepulauan Palawan, berlanggar di timur Kepulauan Plawan, kata Pengawal Pantai Filipina.

Bot nelayan itu dikatakan terbalik dan karam di Laut Sulu, kata jurucakap pengawal pantai, Commodore Armando Balilo.

Seramai 13 daripada 20 awak-awak yang dihanyutkan itu berjaya diselamatkan bot nelayan lain sebelum dipindahkan ke MV Happy Hiro.

Pengawal pantai mengerahkan pasukan penyelamat daripada pangkalan terdekat untuk mencari sekitar perairan bagi menyelamatkan tujuh anak kapal itu.


Filipina, sebuah kepulauan dengan lebih 7,000 pulau, mempunyai rekod keselamatan maritim yang lemah.

Kemalangan dan kesesakan melibatkan kapal kecil merupakan insiden biasa di negara ini.

Pada Isnin lalu, tujuh orang terbunuh dan 127 diselamatkan selepas kebakaran berlaku pada sebuah feri menyaksikan sejumlah penumpang terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.

Feri membawa penumpang seramai 186 orang itu berada kira-kira satu kilometer dari Real, di wilayah Quezon di pulau utama Luzon, ketika kebakaran mula berlaku.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori