Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

2 Pemandu Bas Ditahan...

KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Kelantan menahan dua pemandu bas ekspres yang disyaki...

Kip, Zulfahmi Gagal Dapatkan...

KUALA LUMPUR - Dua pelumba Moto2 Malaysia, Khairul Idham Pawi dan Zulfahmi Khairuddin,...

DAP Penentu PM: Di...

BONGKAR... Pengakuan berani Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa jawatannya sebagai Perdana Menteri ketika...

APG KL2017 Ditutup Penuh...

KUALA LUMPUR - Sukan Para ASEAN (APG) Kuala Lumpur 2017 melabuhkan tirainya dengan...

Ukraine Lancar Tabung Dana Khalayak United24

KYIV – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky telah menemui alternatif terbaharu membiayai dana perang negara itu apabila melancarkan tabung dana khalayak atau crowdfunding di satu platform khas.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Zelenskyy mengumumkan penubuhan tabung tersebut pada satu platform khas, United24 menerusi satu ciapan di laman Twitter rasminya.

Hasil dana yang terkumpul menerusi crowdfunding itu akan membantu Kyiv memenangi perang dengan Rusia dan membina semula infrastruktur negara itu.

“Hanya dengan satu klik, anda boleh mendermakan dana untuk melindungi askar kami, menyelamatkan orang awam kami dan membantu membina semula Ukraine.

“Setiap derma yang disumbangkan adalah penting untuk kemenangan berpihak kepada Ukraine,” kata Zelensky dalam ucapan video.

Sembilan minggu selepas pencerobohan Rusia, bandar-bandar Ukraine telah mengalami kemusnahan yang dahsyat akibat dibom tentera Kremlin.

Minggu lalu, Ukraine telah memohon bantuan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak RM2.5 trilion bagi membina semula negara tersebut.

“Semua dana United24 akan dipindahkan ke bank negara Ukraine dan diperuntukkan kepada kementerian yang berkaitan.


“Pentadbiran saya akan mengemaskini penyaluran dan penggunaan wang bantuan anda setiap 24 jam menerusi platform sama.

“Rakyat Ukraine akan mengingati setiap sumbangan yang diberikan kepada negara ini,” ujar Zelenskyy.

Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmygal memberitahu Ukraine memerlukan antara AS$4 bilion (RM17.4 bilion) hingga AS$5 bilion (RM21.8 bilion) sebulan hanya untuk menampung defisit bajet.

“Rusia mencetuskan krisis keselamatan makanan. Berjuta-juta tan bijirin kami disekat di pelabuhan dan tidak dapat dieksport ke luar negara,” kata Shmygal.

Ukraine adalah pembekal utama bijirin global dan sejak krisis dengan Rusia, bekalan bijiran dunia mengalami kekurangan yang sangat kritikal.

Zelensky telah berucap di parlimen di seluruh dunia hampir setiap hari bagi merayu sokongan di tengah-tengah serangan Moscow.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori