Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Siasat Siapa Biaya Kos...

Kota Kinabalu : Kerajaan diminta menyiasat siapa membayar kos guaman untuk waris Sultan...

Sekolah Rendah Tidak Lagi...

PUTRAJAYA - Mulai tahun ini, Kementerian Pendidikan menetapkan semua sekolah rendah dan Jabatan...

Kerajaan Berazam Percepat Pemberian...

KUALA LUMPUR - Kerajaan berazam wang ihsan sekurang-kurangnya RM500 untuk setiap isi rumah...

PMKS Boleh Tangguh Laksana...

ALOR SETAR - Kerajaan memberikan kelonggaran kepada majikan usahawan perusahaan mikro kecil dan...

UMNO Selangor Serah MKT Isu Hubungan Dengan PAS – Noh

KUALA LUMPUR : UMNO Selangor menyerahkan sepenuhnya kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti berhubung pendirian sama ada akan terus bekerjasama dengan PAS atau tidak bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), tidak lama lagi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar, berkata segala keputusan yang ditetapkan oleh pimpinan tertinggi parti akan dipatuhi walaupun sebelum ini beliau menegaskan UMNO dan PAS Selangor akan memastikan tiada pertembungan sesama mereka di negeri itu ketika PRU-15.

“Semua perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat MKT nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), di sini hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut gagasan penyatuan ummah diusahakan UMNO dan PAS di bawah Muafakat Nasional (MN) pada 2019 dilihat semakin rumit, bahkan peluang untuk kembali harmoni dilihat semakin malap.

Minggu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika diminta mengulas pendirian PAS yang masih menganggap MN sebagai formula terbaik menghadapi PRU-15, berkata itu adalah pandangan PAS yang disifatkannya memperlihatkan sikap talam dua muka.

Menurut Ahmad Zahid lagi, UMNO tidak mahu sahabat yang tiada pendirian tetap dalam setiap tindakan dan keputusan yang dilakukan, manakala semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mencadangkan PAS dibubarkan kerana UMNO kini turut membawa wadah perjuangan Islam.


Bagaimanapun, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, parti itu akan memuktamadkan kedudukannya dalam MN yang dibina bersama PAS selepas menerima pandangan pimpinan parti semua peringkat.

Sehubungan itu, kata bekas Menteri Besar Negeri Sembilan berkenaan, kenyataan berhubung status UMNO dalam MN yang dizahirkan pemimpin tertentu buat masa ini hanya pandangan individu.

Pada 7 Mei lalu, Noh dilaporkan berkata, pembahagian kerusi pilihan raya di Selangor telah dibincang secara dasar oleh UMNO dan PAS peringkat negeri itu sebelum tertubuhnya Perikatan Nasional (PN) lagi, gabungan baharu yang ditunjangi BERSATU dan turut disertai PAS.

“Kalau UMNO bertanding di Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) kena ada PAS dan sebaliknya dan elak bertembung satu sama lain,” kata Ahli Parlimen Tanjong Karang yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu.

Beliau juga dilaporkan berharap tindakan itu akan mendapat restu daripada pucuk pimpinan parti masing-masing dengan sasaran memenangi lebih 30 daripada 56 kerusi DUN di Selangor pada PRU-15 nanti.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori