Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Mangsa Tipu Agensi Cari...

TAWAU - Rakyat Malaysia yang tertipu dengan janji palsu oleh individu atau agensi...

Video: “Mak Bapak Punya...

"TOLONGLAH pantau aktiviti anak-anak anda ni, kalau dah mampus kena langgar mulalah nak...

Tuduh Anwar Main Seks,...

PENULIS blog, Wan Muhammad Azri Wan Deris menggemparkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila...

Penyokong Garuda, Harimau Malaya...

KUALA LUMPUR - Seramai 41 penyokong perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023...

Vaksin COVID-19 Berasaskan Tumbuhan Beri Perlindungan 70 Peratus

OTTAWA: Sekumpulan saintis Kanada menemui penghasilan sejenis vaksin COVID-19 berasaskan tumbuhan yang berkesan memberi perlindungan 70 peratus daripada lima jenis varian coronavirus.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Portal media India Today melaporkan, hasil keberkesanan itu diperoleh daripada keputusan ujian klinikal terhadap manusia bagi menguji pencegahan penyebaran virus berkenaan.

Vaksin yang dibangunkan penyelidik syarikat bioteknologi Kanada Medicago itu mengandungi zarah seperti coronavirus (CoVLP) yang dihasilkan dalam tumbuhan, yang digabungkan dengan pemangkin ASO3 yang membantu vaksin berfungsi dengan lebih baik.

Percubaan fasa tiga vaksin itu dijalankan di 85 pusat membabitkan 24,141 orang dewasa dipilih secara rawak, yang menerima dua suntikan sama ada vaksin CoVLP+AS03 atau plasebo dengan sela masa 21 hari.

Penyelidik mengesahkan kehadiran virus COVID-19 melalui ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) dalam 165 peserta.

Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine (NEJM), menunjukkan bahawa keberkesanan vaksin adalah 69.5 peratus terhadap sebarang gejala COVID-19 yang disebabkan oleh lima varian.


Dalam analisis statistik, keberkesanan vaksin adalah 78.8 dan 74.0 peratus terhadap penyakit sederhana hingga teruk dan antara mereka yang negatif pada permulaan jangkitan.

“Vaksin CoVLP+AS03 berkesan dalam mencegah COVID-19 yang disebabkan oleh spektrum variasi dengan keberkesanan antara 69.5 peratus terhadap jangkitan simptomatik hingga 78.8 peratus terhadap penyakit sederhana hingga teruk.

“Kesan potensi teknologi berasaskan tumbuhan ini dalam wabak semasa akan sangat dipengaruhi oleh evolusi wabak itu sendiri.

“Bagaimanapun, ketersediaan dan pembangunan lanjut bidang ini ini mempunyai kesan penting untuk kita bersedia menghadapi wabak akan datang,” kata penulis kajian itu.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori