Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

Zahid Ingatkan UMNO Sentiasa...

SANDAKAN - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan anggota...

Tahanan LTTE: Permohonan Habeas...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 31 Oktober ini untuk mendengar...

74 Ahli Parlimen PN...

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman...

Laluan Berbasikal Manhattan Kembali...

NEW YORK - Laluan berbasikal Manhattan yang menjadi tempat serangan oleh seorang pendatang...

WHO Sedia Bantu Korea Utara Perangi Covid-19

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa agensi itu komited dalam membantu Demokrat Republik Rakyat Korea (DPRK) berdepan gelombang sulung Covid-19 di negara itu, lapor akhbar Saudi Gazette, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

WHO mengeluarkan kenyataan itu selepas Korea Utara mengesahkan bahawa berlaku penularan besar-besaran di negara itu pada Khamis.

Agensi itu berkata pihaknya sedang berhubung dengan pihak berkuasa di DPRK tetapi masih belum menerima laporan rasmi daripada kementerian kesihatan negara itu.

Wakil WHO ke Korea Utara, Edwin Salvador berkata bahawa agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu telah membantu negara itu dalam membangunkan pelan kesiapsiagaan dan tindak balas nasional terhadap Covid-19.

Sebelum ini, media kerajaan Korea Utara melaporkan bahawa satu kes jangkitan Omicron telah dikesan di ibu negara Pyongyang.

WHO dengan kerjasama beberapa rakan kongsi termasuk Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF) dan pakatan vaksin, GAVI juga telah membantu Korea Utara dalam membangunkan pelan penggunaan vaksin Covid-19.

Skim berkenaan telah disemak dan diluluskan oleh badan berbilang rakan kongsi di peringkat serantau dengan inisiatif pengagihan vaksin COVAX.

WHO kekal komited untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa negara DPRK dengan memberikan maklumat yang diperlukan mengenai vaksin Covid-19 yang tersedia menerusi COVAX.


Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, telah mengisytiharkan wabak Covid-19 yang kali pertama diumumkan di negara itu sebagai bencana besar selepas melaporkan 21 lagi kes kematian.

Media kerajaan berkata 174,440 orang baru dikesan dengan simptom demam setakat kelmarin ketika negara itu bergelut untuk memperlahankan penularan Covid-19 dalam kalangan penduduknya yang tidak divaksin.

Korea Utara mengumumkan 524,440 dikesan bergejala selepas penyebaran virus sejak akhir April. Ia berkata seramai 280,810 penduduk lagi kekal dalam proses kuarantin.

Namun begitu, media kerajaan tidak menyatakan secara khusus berapa jumlah kes demam dan kematian yang disahkan sebagai kes Covid-19.

Jong-un bagaimanapun meluahkan keyakinan bahawa penduduk Korea Utara boleh mengatasi penularan wabak maut ini dalam tempoh yang sangat singkat.

“Kita akan mengikuti model pencegahan virus Covid-19 seperti yang dilakukan di China iaitu penutupan penuh semua sektor dan sasaran sifar Covid.

“Parti Komunis China telah membuktikan bahawa pencegahan dan kawalan ketat memberi manfaat kepada rakyatnya sepanjang memerangi Covid-19” katanya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori