Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hampir 64% Kes Diselesaikan...

LAHAD DATU - Sebanyak 63.84 peratus atau 173 daripada 271 keseluruhan kes jenayah...

Tiba-Tiba Menteri PH Saman...

KUALA LUMPUR - “Bakal PM ke-8 tak saman Yusoff Rawther. Menteri Hotel Sandakan...

PPS Bertambah, 1,813 Mangsa...

Alor Setar: Mangsa banjir di empat daerah di Kedah terus meningkat dengan satu...

Isteri Dipukul Suami Berang...

BUTTERWORTH – Seorang wanita terpaksa menerima tiga jahitan di kepala dan beberapa kesan...

Wisma Putra, BNM Bincang Salur Wang Kepada Rakyat Malaysia Di Rusia

PUTRAJAYA – Wisma Putra dan Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mengambil langkah awal mencari jalan bagi penyaluran wang kepada rakyat Malaysia di Rusia berikutan sekatan ekonomi ke atas negara berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, susulan sekatan yang dikenakan, kebanyakan bank di Rusia tidak boleh melakukan transaksi secara dalam talian.

Menurutnya, berlaku kebimbangan terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar Malaysia yang berkemungkinan sukar untuk mendapat kiriman wang daripada penaja atau ahli keluarga jika sekatan ekonomi di Rusia berterusan.

Katanya, buat masa ini, hanya ada sejumlah kecil bank di Rusia yang masih boleh beroperasi dan membantu daripada segi pengeluaran wang.

“Pelajar-pelajar kita di sana menggunakan platform UnionPay, yang mana kad itu dihantar secara manual kepada pelajar di sana.

“Buat masa ini, mereka masih boleh menggunakan kad itu tetapi sangat terhad. Saya adakan pertemuan dengan pelajar-pelajar di sana secara dalam talian dan antara maklum balas yang diterima, ada kes berlaku sedikit masalah jika berada di luar Moscow.

“Kita tidak tahu bila konflik di negara berkenaan akan selesai dan kita perlu cari jalan keluar kerana bimbang akan ada masalah lain di kemudian hari,” katanya dalam Wawancara Khas bersama Sinar Harian, Bernama, The Star dan Sin Chew Daily yang diadakan di Wisma Putra pada Sabtu.


Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, terdapat kira-kira 700 rakyat Malaysia di negara berkenaan dan majoriti pelajar Malaysia di sana mengambil jurusan perubatan, kejuruteraan dan penerbangan.

Kata beliau, buat masa ini rata-rata rakyat Malaysia di sana dalam keadaan baik dan pihak kedutaan di sana sentiasa memantau perkembangan terkini konflik dari semasa ke semasa.

“Saya difahamkan, mereka masih ada wang untuk berbelanja dan sebagainya, namun kita memantau rapi kerana dilaporkan inflasi di sana naik dengan begitu cepat.

“Jadi, bagi sesetengah ahli keluarga, ada kerisauan tentang harga makanan yang melambung tinggi.

“Kebajikan rakyat kita di sana terjaga. Namun, saya ingin mengingatkan sekiranya ada mana-mana pelajar atau rakyat Malaysia yang menuntut atau bekerja di Rusia yang belum mendaftar dengan kedutaan, kita minta mereka daftar.

“Ia akan memudahkan untuk kita hubungi sekiranya ada apa-apa perkara yang berlaku,” ujar beliau.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori