Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Perkeso Bayar RM93 Juta...

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM93.57 juta bayaran pampasan bagi kemalangan perjalanan pergi dan...

Teksi Motosikal ‘Ojek’ Khas...

JAKARTA - Lebih banyak khidmat ojek atau teksi motosikal awam khusus untuk penumpang...

Ini Baru Peminat Tegar...

Svishtov (Bulgaria) - Seorang peminat yang begitu taksub dengan pasukan bola sepak Inggeris...

Murid Dipanah Petir Meninggal...

BATU PAHAT - Murid Tahun Tiga yang kritikal akibat dipanah petir semalam, Siti...

Yasin Mula Rawatan Bipolar Di Hospital Sungai Buloh

PETALING JAYA : Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, sudah mendapatkan rawatan untuk penyakit bipolar yang dihidapinya semalam, kali pertama sejak dia ditahan susulan kes ganja pada hujung Mac lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Peguam Muhammad Yasin, Ariff Azami Hussein, memaklumkan rawatan itu diterima anak guamnya di Hospital Sungai Buloh, di sini, dengan rawatan susulan menyusul dalam tempoh enam minggu ini di hospital sama.

“Ada dua perkara ingin dimaklumkan, pertamanya kami ingin memberi perkembangan pada pagi ini mengenai proses rawatan diuruskan pihak penjara dan semalam OKT (Orang Kena Tuduh) itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

“Walaupun agak lewat (Yasin dibawa untuk rawatan), kami ucap terima kasih kepada mahkamah dan penjara kerana memungkinkan rawatan itu.

“Yang kedua, laporan kimia tak siap lagi, (namun) kami harap tarikh sebutan kes tak lama, sebulan (daripada hari ini),” katanya pada sebutan kes di Mahkamah Majistret dan Sesyen, di sini, hari ini.

Pada 31 Mac lalu, Yasin yang terkenal melalui lagu ‘Mimpi Laila’ berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret, di sini atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan susulan pendakwaan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu.

Yasin juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen kerana menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah merah di lokasi, waktu dan tarikh sama mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(B)(3) akta sama.

Terdahulu hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim dan Maryam Jamilah Ab Manaff memohon tarikh sebutan kes untuk penyerahan laporan kimia berkenaan.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Majistret Zhafran Rahim Hamzah dan Hakim Jamaludin Man menetapkan 22 Jun depan untuk tarikh sebutan berkenaan.


Turut hadir pada prosiding, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan abang Muhammad Yasin, Zain Sulaiman.

Sementara itu, Muhammad Yasin ketika ditemui berterima kasih kepada Syed Saddiq dan rakan yang hadir memberi sokongan kepadanya.

“Semoga kerajaan mengeluarkan ganja daripada senarai narkotik,” katanya.

Syed Saddiq pula berkata, beliau sudah berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memperhalusi cadangan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan.

“Perdana Menteri ada membangkitkan isu ini dalam (mesyuarat) Kabinet dan saya dengar ada maklum balas sangat positif. Ada timbalan menteri memaklumkan bahawa Kabinet secara prinsip sudah meluluskannya dan akan ada wakil Kabinet yang uruskan.

“Saya memang sebaik mungkin akan membantu dalam isu ini supaya dilihat daripada sudut data dan sains,” katanya.

Zain pula memaklumkan ahli keluarga melawat Muhammad Yasin di Penjara Sungai Buloh setiap minggu bagi memberi sokongan kepada adiknya itu.

“Ahli keluarga memberi sokongan berterusan kepada Yasin sebab tak nak dia rasa tidak semangat dan akan pastikan dia makan ubat secara konsisten.

“Anak-anak dia juga berada dalam keadaan baik dan Yasin akan menghubungi mereka sekali seminggu,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori