Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Najib, Ab Rauf Batal...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 19 Jun untuk mendengar permohonan...

Hospital Tawar Kaum Adam...

Percaya atau tidak, satu program dinamakan 'Pain Experience Camp' yang dianjurkan di Jinan,...

Kondo Pusat Judi Dalam...

KOTA KINABALU - Polis Sabah menumpaskan aktiviti perjudian dalam talian didalangi warga China...

Usul RUU 355 Dipinda...

KUALA LUMPUR - Usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah...

1 Juta Penduduk Petaling Perlu Bersedia Gangguan Air Berjadual

SHAH ALAM : Lebih sejuta penduduk dalam 47 kawasan di daerah Petaling dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 24 jam bermula pukul 9 pagi, 21 Jun ini, berikutan kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan terjejas itu melibatkan sekitar Puchong, Bukit Jalil dan Glenmarie, di sini.

“Gangguan bekalan air berjadual itu bermula pukul 9 pagi, 21 Jun, dan dijangka pulih sepenuhnya pukul 9 pagi keesokannya. Bekalan dijangka mula disalurkan bermula 9 malam secara berperingkat selepas kerja menaiktaraf dan penyenggaraan siap,” katanya.

Tambah kenyataan itu, pelaksanaan kerja berkenaan sudah diluluskan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menaik taraf sistem bekalan air demi keselesaan para pengguna.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.


Lori tangki air akan digerakkan ke kawasan terjejas terutama premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Justeru, Air Selangor menasihatkan pengguna yang terjejas supaya menyimpan bekalan air dan menggunakannya secara berhemah sepanjang tempoh gangguan kelak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai gangguan bekalan air itu menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori