Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tak Mengaku Operate Muka,...

SEJAK kebelakagan ini, ramai yang perasan perubahan wajah selebriti Instagram dan usahawan terkenal...

MH370: Hanya Kotak Hitam...

KUALA LUMPUR - Pengumuman kerajaan Malaysia bahawa serpihan sayap sepanjang dua meter dikenali...

Amah Didakwa Pijak Bayi...

KUALA LUMPUR - Seorang amah warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret Ampang dekat...

Najib Sedih Tidak Dapat...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa sedih kerana tidak dapat...

12 Maut, Lebih 250 Cedera Letupan Gas Klorin Di Jordan

AMMAN : Letupan gas klorin menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 251 cedera.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Insiden berlaku selepas tangki terjatuh dari sebuah kren dan mengeluarkan kepulan asap kuning di pelabuhan Aqaba.

Rakaman video disiarkan stesen televisyen negara, Al-Mamlaka TV menunjukkan silinder besar yang membawa 30 tan gas terjatuh dari sebuah kren.

Letupan itu menyebabkan sebuah trak terjatuh dari limbungan, manakala pekerja pelabuhan yang panik melarikan diri.

Menurut pihak berkuasa, angka kematian meningkat kepada 12 dengan 251 orang cedera.

Mangsa adalah warga Jordan dan warga asing dengan separuh daripada mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital untuk rawatan.


Kawasan berhampiran turut dipindahkan dan penduduk diberitahu supaya kekal tinggal di dalam rumah ketika petugas kecemasan memasang pita sepanjang 500 meter di sekitar lokasi kejadian.

Orang ramai di pantai selatan Aqaba, kawasan peranginan Laut Merah, juga dipindahkan.

Timbalan ketua Pihak Berkuasa Pelabuhan Wilayah Aqaba, Haj Hassan, memberitahu Al-Mamlaka bahawa ‘rantai besi yang membawa bekas mengandungi bahan toksik putus’, menyebabkannya terjatuh dan bocor.

Saluran itu juga memetik bekas ketua syarikat yang mengendalikan pelabuhan itu, Mohammed al-Mubaidin, sebagai berkata bahawa sebuah kapal telah menunggu untuk memuatkan hampir 20 kontena gas cecair ‘mengandungi peratusan klorin yang sangat tinggi’.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori