Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Imigresen Kedah Tahan 19...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 19 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

Wajah Mirip Artis, Remaja...

DEK memilik wajah mirip beberapa artis terkenal tanah air dan luar negara, seorang...

‘Southern Tigers By Legacy’...

JOHOR BAHRU - Richway International Sdn. Bhd menerusi Legacy Perfume menyasarkan penjualan wangian...

Billboard Music Awards 2016...

THE Weeknd dan penyanyi British, Adele menang besar apabila masing-masing merangkul enam dan...

134 Pelajar UUM Terima Komputer Riba

SINTOK – Seramai 134 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dari golongan berpendapatan rendah (B40) menerima komputer riba sumbangan FWD Takaful Berhad, pada Isnin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Unit Komunikasi Korporat UUM dalam satu kenyataan, sumbangan komputer riba berkenaan melibatkan nilai keseluruhan hampir RM400,000.

“Ia adalah hasil kerjasama yang terjalin antara Institute of Shariah Governance and Islamic Finance (ISGaIF) Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) UUM dengan FWD Takaful Berhad yang diharapkan bakal memberi manfaat kepada pelajar B40 dari pelbagai pusat pengajian di UUM.

“Selain menerima komputer riba, kesemua pelajar berkenaan yang merupakan peserta FWD Kasih iaitu produk mikrotakaful mampu milik ditawarkan FWD Takaful Berhad turut menerima perlindungan manfaat takaful sehingga RM40,000.


“Menerusi kerjasama ini, pelajar didedahkan tentang kepentingan pengurusan risiko dan perancangan takaful,” menurut kenyataan itu, pada Selasa.

Sebelum itu, penyerahan disempurnakan Naib Canselor, Profesor Dr Haim Hilman Abdullah bersama Ketua Pegawai Strategi dan Saluran Digital FWD Takaful Berhad, Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi pada Majlis Penyerahan Komputer Riba FWD Takaful Berhad kepada pelajar UUM di Dewan Sri Angsana EDC-UUM,di sini.

Katanya, hubungan kerjasama antara UUM dan FWD Takaful telah dibina sejak tahun 2019 melalui penyelidikan, pembangunan pelajar dan projek komuniti.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori