Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahathir Akui Memang Arah...

SEKAT... Perdana Menteri baharu hari ini mengesahkan beliau yang mengeluarkan arahan larang ke...

Karya Zunar Sindir Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Kontroversi pelantikan peguam, Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Peguam Negara Perlu Tarik...

PETALING JAYA - Peguam Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Muhammed Yusoff Rawther, lelaki...

PMO Sahkan Mahathir Sihat,...

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri hari ini mengesahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad...

1,591 Kes Baru, 5 Kematian Covid-19

Sebanyak 1,591 kes baru Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kini adalah sebanyak 4,513,631 kes.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Jumlah kes aktif sebanyak 22,447, turun 15.3 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (756)

Kuala Lumpur (297)

Pulau Pinang (110)

Perak (92)

Negeri Sembilan (80)

Sabah (55)

Melaka (44)

Johor (34)

Putrajaya (33)

Kedah (31)


Sarawak (25)

Pahang (15)

Terengganu (7)

Kelantan (5)

Perlis (5)

Labuan (2)

Sebanyak lima lagi kematian dilaporkan, dengan dua kes mati ketika dibawa ke hospital (brought in dead).

Secara purata, 3.7 kes kematian dilaporkan sepanjang minggu lalu, manakala 3.9 kes untuk purata dalam tempoh sebulan, menunjukkan kadar penurunan.

Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,686 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

semalam, empat kes kematian semalam dilaporkan di Selangor manakala satu kes lagi di Johor.

Pada masa ini, seramai 922 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 27 orang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan ke hospital tertinggi semalam dicatatkan di Selangor (141) diikuti Johor (73) dan Sabah (72).

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori