Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Polis Lumpuh 2 Sindiket...

KUANTAN - Polis berjaya melumpuhkan dua sindiket pengedaran dadah di sekitar daerah ini...

“Tuduhan Dahsyat” – Isteri...

KUALA LUMPUR - Isteri kepada tiga warga Turki yang ditahan polis dipercayai terlibat...

Perjalanan Malaysia Dalam Sampul...

KUALA LUMPUR - Menyoroti setiap peristiwa menarik dan bersejarah yang dilalui negara menerusi...

Dr Muhammed Abdul Khalid...

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri melantik Dr Muhammed Abdul Khalid sebagai Penasihat...

19 Maut Bangunan Runtuh Di Mumbai

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh apabila hujan lebat mengakibatkan sebuah bangunan empat tingkat runtuh di bandar Mumbai, kata pihak berkuasa semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Struktur bangunan yang terletak bersebelahan kawasan setinggan di daerah pusat bandar itu runtuh menjelang waktu tengah malam, kelmarin, demikian menurut pegawai tempatan.

Seramai 14 mangsa telah diselamatkan petang semalam, namun petugas kecemasan turut menemui 19 mayat di sebalik runtuhan bangunan.

“Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan,” kata seorang jurucakap Tindak Balas Bencana Kebangsaan kepada AFP.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya enam daripada mangsa yang terbunuh berumur antara 18 hingga 21 tahun.


Hujan lebat telah menyukarkan operasi dijalankan ketika anggota penyelamat terpaksa mengalihkan konkrit menerusi lumpur dan runtuhan bagi mencari mangsa yang selamat.

Runtuhan bangunan di India adalah kejadian yang biasa berlaku ketika tempoh seperti ini di mana hujan monsun dari Jun hingga September turun berterusan sehingga menyebabkan kemusnahan meluas.

Menteri Negeri Maharashtra, Aaditya Thackeray menggesa penduduk agar mengosongkan bangunan-bangunan lain yang berada dalam keadaan usang.

“Saya berharap agar orang ramai mendengar nasihat pihak berkuasa dan berpindah ke lokasi lain bagi mengelakkan bencana tragik seperti ini daripada berlaku,” katanya ketika melawat lokasi kejadian.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori