Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

PRK Permatang Pauh 7...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh...

Bekas Isteri Awie Mengaku...

BEKAS isteri vokalis kumpulan Wing, Awie iaitu Rozana Misbun mengaku pernah mendapatkan khidmat pengamal perubatan wanita atau bomoh bernama Maksu semasa mereka masih tinggal bersama.

Saudi Buka Kompleks Gajet...

RIYADH - Jika di Malaysia, pihak kerajaan Persekutuan mewujudkan Digital Mall menempatkan usahawan...

Kendrick Lamar Dahului Senarai...

PENYANYI hip hop Kendrick Lamar mendahului senarai pencalonan anugerah muzik berprestij Amerika Syarikat,...

2,425 Kes Baru Covid-19, Empat Lagi Korban

Sebanyak 2,425 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kini adalah sebanyak 4,547,051 kes.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kes aktif kini berjumlah 27,026, meningkat 22.5 peratus berbanding 14 hari lalu.

Berikut adalah kes baru Covid-19 mengikut negeri:

Selangor (1,055)

Kuala Lumpur (515)

Pulau Pinang (148)

Sabah (125)

Perak (113)

Negeri Sembilan (87)

Sarawak (64)

Putrajaya (64)

Johor (59)

Melaka (57)


Kedah (54)

Pahang (33)

Kelantan (27)

Terengganu (17)

Perlis (6)

Labuan (1)

Empat lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, di mana satu kematian berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Kes-kes kematian tersebut dilaporkan berlaku di Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Sabah.

Sejak wabak berkenaan melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 35,741 kematian akibat virus itu direkodkan di seluruh negara.

Sebanyak 65 kematian direkodkan pada bulan ini berbanding 129 kematian pada Mei dan 564 kematian pada bulan sebelumnya.

Sementara itu, seramai 1,020 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital dengan 30 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Johor (110) diikuti Selangor (106) dan Sabah (84).

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori