Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Raja Muda Perlis Ilham...

KANGAR - Seramai 3,586 orang pelajar yang menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)...

Malaysia Tidak Amal Sistem...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengamalkan sistem demokrasi iaitu Raja Berperlembagaan, bukan raja yang...

Tuhan Tidak Sanggup Potong...

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP Selangor, Teresa Kok Suh Sim pernah 'berdebat' tentang...

Gesa Hapus Matrikulasi, Gerakan...

KUALA LUMPUR – Gesaan parti Gerakan agar kerajaan memansuhkan program matrikulasi dan menjadikan...

6.6 Tan Metrik Daging Habis Dijual Dalam Dua Jam

KUALA NERUS: Satu metrik tan ayam segar dengan harga RM8.50 sekilogram (kg) pada Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM), habis dijual dalam tempoh satu jam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Daging lembu segar yang dijual pada RM30 kg sekilogram turut mendapat sambutan pengunjung apabila habis dalam tempoh kira-kira satu jam setengah.

Sempena hari kedua JAKM yang diadakan di kompleks Sukan Gong Badak hari ini, PJKM merekodkan jualan melebihi RM130,000.

Jualan ayam segar, daging, tulang lembu dan minyak masak serta telur pelbagai gred dijangka terus mendapat sambutan pengunjung.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Saharuddin Mohd Kia, berkata program PJKM yang diadakan mendapat sambutan menggalakkan dengan menerima lebih 10,000 pengunjung.

Katanya, gerai PJKM sempena JAKM dibuka kira-kira jam 9 pagi dan disertai pelbagai agensi dan syarikat yang menawarkan pelbagai pilihan barangan keperluan harian dengan potongan harga antara 20 peratus dan 30 peratus


“Antara agensi yang terbabit adalah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Koperasi Usahawan Darul Iman, Koperasi Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Persatuan Nelayan Negeri dan Pasaraya.

“Pada hari pertama PJKM diadakan semalam, jumlah jualan direkodkan adalah bernilai RM60,000,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Saharuddin berkata, pengunjung disaran mengambil peluang untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan potongan harga antara 20 peratus hingga 30 peratus berbanding di pasar awam.

“Antara barangan dijual sepanjang PJKM berlangsung selama tiga hari bermula semalam hingga esok ialah daging segar, ayam, ikan sejuk beku, telur, minyak masak paket, beras, gula dan sayur-sayuran,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori