Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

TDM Meterai Perjanjian Belian...

KUALA TERENGGANU - Anak syarikat milik kerajaan negeri, TDM Berhad menandatangani Perjanjian Pembelian...

Pengundi Bukan Islam Tidak...

SABAK BERNAM - Pengundi bukan Islam di kawasan Parlimen Sungai Besar telah dinasihatkan...

Perwira 69 Komando Ketuai...

KUALA LUMPUR - Allahyarham ASP Mohd Zabri Abdul Hamid, antara perwira paling dikenang...

1MDB: Wang Lebih RM1.2...

KUALA LUMPUR - Wang lebih RM1.2 juta yang dibekukan daripada akaun bank milik...

Agong Terima Kunjungan Menteri Luar Arab Saudi

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap dan kunjungan hormat Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al Saud.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ia adalah antara agenda lawatan rasmi sulung Putera Faisal ke Malaysia yang diadakan dua hari bermula semalam.

Dalam sesi menghadap di Istana Negara, pelbagai perkara disentuh antaranya hubungan dua hala, persahabatan yang utuh dan erat terjalin antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi sejak tahun 1957, selain usaha-usaha pengukuhan perdagangan dan ekonomi antara kedua-dua negara.

“Seri Paduka menzahirkan penghargaan dan rasa sukacita terhadap hubungan akar umbi Malaysia dan Arab Saudi yang juga telah terjalin secara istimewa dalam pelbagai aspek.

“Ini termasuk sumbangan dan bantuan yang telah dihulurkan kepada Malaysia dalam memerangi penularan wabak Covid-19 serta pemulihan pasca pandemik,” kata kenyataan Istana Negara.

Pada masa sama, langkah-langkah untuk meningkat dan memperkembang kerjasama dan pelaburan dalam pelbagai bidang turut disentuh selain bertukar-tukar pandangan berkenaan isu serantau dan antarabangsa berkepentingan kepada kedua-dua negara.

Selain itu, Seri Paduka menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi terhadap jumlah kuota yang diberikan kepada jemaah haji Malaysia dan berharap mereka dapat menjalankan ibadah dan urusan haji mereka dengan lancar.


“Seri Paduka mendoakan agar Raja Salman Bin Abdulaziz Al Saud, Penjaga Dua Masjid Suci, dikurniakan keafiatan yang berpanjangan dan Arab Saudi dilimpahi keamanan, kesejahteraan serta kemakmuran berterusan.

“Seri Paduka menzahirkan penghargaan kepada Putera Faisal atas jemputan kepada baginda untuk mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi,” katanya.

Agong turut menzahirkan rasa sukacita Arab Saudi yang merupakan antara negara pasaran terbesar eksport minyak kelapa sawit bagi Malaysia dan terdapat peningkatan permintaan terhadap komoditi tersebut.

Tahun lalu, Arab Saudi adalah rakan dagang kedua terbesar selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan pasaran eksport ketiga terbesar serta sumber import terbesar bagi Malaysia dalam kalangan negara-negara Asia Barat.

Jumlah dagangan Malaysia dengan Arab Saudi bernilai RM17.56 bilion (USD4.23 bilion), dengan jumlah eksport minyak kelapa sawit Malaysia ke Arab Saudi bernilai RM1.763 bilion (USD 0.5 billion).

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori