Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bajet 2015 Mesra Pembeli...

KUALA LUMPUR - Dirangka dengan fokus menjadi ekonomi keperluan rakyat, Bajet 2015 yang...

Spekulasi Hanya Untuk Jatuhkan...

PERJUMPAAN Pakatan Harapan (PH) bersama duta negara Eropah (EU) yang diketuai oleh Tun...

Aliff Syukri Nafi Dakwaan...

BARU-BARU ini pengusaha kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dituduh menggunakan 'pelaris' untuk...

Belum Ada Waris Serah...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata belum...

Aliran Berwarna Putih, Berbau Dikesan Di Sungai Langat

Shah Alam : Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengesan aliran air sungai berwarna putih dan bau seakan-akan klorin di kawasan Sungai Langat petang tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Aliran itu dikesan susulan maklumat yang diterima dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) yang memaklumkan insiden berkenaan pada 3.30 petang hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Hee Loy Sian berkata, hasil siasatan Luas mendapati punca insiden aliran air berwarna putih adalah disebabkan terdapat pelepasan efluen daripada sump milik sebuah premis kilang di Kajang.

“Pengaktifan Kod Kuning selaras dengan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor melibatkan pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Luas sudah menjalankan tiga pensampelan dan akan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisa lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, susulan itu Luas mengeluarkan arahan kepada premis berdasarkan Seksyen 121 (1) Enakmen Luas 1999 supaya menghentikan segera pelepasan efluen yang berpotensi mencemarkan aliran air sungai.

Katanya, kilang terbabit diarah melaksanakan kerja pembersihan segera agar pencemaran tidak berulang.

“Kertas siasatan terhadap insiden berkenaan dibuka mengikut Seksyen 79 (1) Enakmen Luas 1999,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori